PELAKON jelita Emma Maembong mendedahkan dirinya tidak tahu untuk membaca pada awal pembabitan dalam lakonan.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 31, mendedahkan rakan rapat dan pembantu rumah banyak menolong dirinya mengenal bunyi huruf serta membaca.

Menghadapi perpisahan ibu bapa sejak kecil, pelakon Tersuka Tanpa Sengaja itu mendedahkan berusaha untuk belajar membaca selepas mendapat tawaran berlakon.

“Ada krisis keluarga, tak sekolah dan ibu bapa berebut anak dan bercerai.

“Semasa penceraian ibu bapa, ia adalah waktu yang mencabar. Saya tinggal dengan ayah. Ayah pula macam tak reti jadi single parent.

“Nak kena bawa anak pergi sekolah semua. So kami skip sekolah,” ujar Emma dalam sebak.

Muncul dalam talk show HLive: One On One, Emma mendedahkan komik mencetuskan minatnya untuk membaca.

Baca juga:Macam anak patung. Sorang muka Emma, sorang muka daddy. Gelagat & kecomelan anak-anak Emma Maembong raih perhatian!

Menyedari pentingnya kemahiran membaca, Emma yang pernah mengaku tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengambil inisiatif untuk belajar daripada orang sekeliling.

One day bila masuk kedai untuk membeli makanan dan barang, saya ternampak banyak komik di situ.

“Saya ambil komik itu dan bertanya kepada diri sendiri. “Macam mana aku nak baca ni?”

“So saya cuba bertanya kepada maid atau sesiapa yang datang ke rumah, bagaimana untuk pronounce ‘A’ ni?

“Apabila diberitahu bunyi huruf-huruf, saya ingat dan tulis. Cuba dan terus mencuba untuk membaca perkataan dalam komik itu satu persatu tapi tidak berjaya,” ujar Emma dengan mata yang berkaca.

Baca juga: Emma Maembong kini ibu anak dua, selamat bersalin baby boy, Shariq officially jadi abang

Emma sebak menceritakan kisah hidupnya menerusi talk show HLive: One On One

Pun begitu, ibu kepada Shariq Gabriel dan Shakil Aryan Shah tidak berputus ada malah terus berusaha menguasai kemahiran berkenaan.

“Saya tidak pernah beria (belajar membaca) sehinggalah ditawarkan berlakon oleh pengarah, Erma Fatima.

“Saya tahu, jika mahukan sesuatu perlu banyak membaca. Jadi saya cuba baca skrip setiap hari dengan my best friend yang menolong membacakan.

“Dia baca, saya cuba mengingati dan ‘keluarkan’ semula. Jadi, saya tidak pernah membaca skrip,” ujar Emma tentang drama sulung lakonannya, Kau Yang Terindah pada tahun 2012.

Warga maya tersentuh dengan perkongsian Emma dan kesungguhannya. Rata-rata memuji aktres berdarah kacukan Melayu dan Scottish itu kerana cepat menguasai dan berusaha keras sehingga berada di tahapnya pada hari ini.

Ujar mereka:

– “Ini bermakna Emma jenis cepat catch up dan ingat.”

Iklan

– ” Kasihan Emma, namun ALLAH kurniakannya rezeki yang sangat luas. Walaupun sekolah tidak sempurna namun dia success dalam bidangnya.”

– “Isi tersirat yang cuba disampaikan ialah betapa pentingnya education. Syabas Emma, anda kuat.”

– “Salute Emma dengan apa yang awak ada sekarang. Semoga terus berjaya.”

– “Sebenarnye cerita Emma ini sedih kalau kita cuba fahami, tapi Alhamdulillah dia usaha.”

– “Seorang artis yang tidak pernah menipu. Emma sentiasa menjadi dirinya sendiri.”

Sebelum aktif berlakon menghabiskan banyak masa melukis. Paling beliau gemari ialah lukisan jenis animasi dan potret.

Iklan

Mempunyai hubungan akrab dengan bapa yang merupakan pelukis terkenal, Ismail Embong, Emma dan adik beradiknya mempamerkan karya di galeri keluarga mereka.

Baca juga: Anak Emma Maembong gigit tangan Chacha menjerit, rupanya fasa normal kanak-kanak 1 hingga 3 tahun

Baca juga: “Wow mata grey” – Emma Maembong kongsi foto anak

Sumber: TikTok Emma Maembongs, Instagram Official HLive

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!