Engku Emran perjelas fitnah bergambar dengan anak selebriti perempuan. 'Mereka anak kawan, kacukan Czechoslovakia'

A
A
A

ENGKU Emran, bekas suami kepada kakak Noor Neelofa, Noor Nabila menjadi perhatian.

Emran dalam temu ramah bersama stesen radio Zayan menjelaskan dirinya difitnah susulan komen tidak berasas.

"Masalah saya, kawan baik sendiri pun tidak tahu. Kerana bagi saya, lebih baik saya bertanya kepada ustaz kerana lebih berpengalaman.

"Bukanlah bermakna kawan saya tidak berpengalaman, tetapi saya tidak mahu hubungannya dengan mana-mana bekas isteri saya terjejas. Kerana jika kita meluahkan perasaan kepada kawan, pasti sedikit sebanyak terjejas.

"Jadi, kalau kawan baik saya pun tidak tahu apa masalah saya, netizen di luar sana lebih tahu masalah saya. Gempaklah.

"Sebagai hamba-NYA, kita perlu berhati-hati kerana apa kita cakap itu kadang-kadang melukakan hati.

"Saya OK, boleh terima tetapi bagaimana dengan ibu bapa dan anak. Anak saya sudah 14 tahun dan boleh membaca. Dia sudah boleh memahami. Jadi ia perkara yang kurang enak," tutur Emran.

Baca juga: Erra Fazira akui, anak turut bersedih dengan perpisahan Bella dan bekas suami

Berkaitan isu yang tular dan dikatakan bergambar dengan anak seorang selebriti perempuan, beliau menjelaskan ia bermula daripada sebuah komen di laman sosial yang membawa kepada fitnah.

"Baru-baru ini timbul satu cerita saya dating dengan seorang selebriti dan ambil gambar bersama anaknya.

"Cerita itu, kawan saya dari Terengganu dan berkahwin dengan wanita Czechoslovakia dan anak mereka kacukan.

"Pada bulan puasa yang lalu, dia datang ke Malaysia. Saya sambut dan jamu mereka berbuka puasa di rumah.

"Kebetulan isterinya tiada bersama dan hanya datang bersama anaknya dua orang. Saya bergambar dengan anaknya.

"Kawan saya memuat naik ke Facebook dan ada komen berkata Engku Emran dengan anak selebriti berkenaan. Dari situ orang buat cerita," katanya.

Baca juga: Engku Emran, Noor Nabila sah bercerai talak satu. Sharnaaz, Erra mohon orang ramai tidak terlalu ambil tahu, hormat privasi

Terkilan dengan fitnah yang dilemparkan, Emran kecewa kerana ia sedikit sebanyak merobek hati orang-orang di sekelilingnya.

"Jadi, masyarakat kita kini macam mana? Hanya kerana satu komen boleh buat cerita. Daripada komen tidak berasas langsung terus menjadi fitnah.

"Ketika itu ibu saya masih hidup. Beliau terus hubungi saya menerusi WhatsApp dan bertanya 'Apa lagi Emran?'

"Orang sekeliling kita yang terasa dengan semua ini," jelasnya.

Dalam pada itu, Emran yang kehilangan ibu tersayang pada 2 Julai lalu mengakui pemergian wanita itu benar-benar memberikan kesan kepada diri.

Baca juga: [VIDEO] Sayang yang tidak berpenghujung buatmu, anakku – luahan Erra Fazira buat Engku Aleesya.

Ujarnya, titisan air mata pertama dalam hidup adalah kerana kematian ibunya.

"Selama 40 tahun hidup, saya tertanya-tanya kenapa tidak boleh menitiskan air mata. Berair mata dan menangis ya boleh, tetapi menitiskan tidak boleh.

"Ibu meninggal selepas dua minggu di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan keesokannya saya berdoa. Saya tidak lagi boleh menyebut sembuh kerana ibu sudah tiada. Ketika itulah titisan air mata pertama.

"Saya bersyukur titisan air mata pertama adalah untuk ibu. Saya syukur bukan kerana mana-mana rumah tangga yang tidak berkekalan," ujarnya.

Emran yang berkahwin dengan Nabila pada 19 Mac 2021 menyatakan hasrat berpisah selepas keluar dari rumah pada Januari lalu. Perkahwinan itu tidak dikurniakan cahaya mata.

Terdahulu, Emran mendirikan rumah tangga kali pertama bersama pelakon dan pengacara Erra Fazira pada 25 Oktober 2007 namun bercerai talak satu pada 17 Februari 2014.

Menerusi perkahwinan ini, beliau dikurniakan seorang cahaya mata perempuan dinamakan Engku Aleesya yang kini berusia 14 tahun.

Pada 8 September 2017, Emran berkahwin dengan selebriti Indonesia, Laudya Cynthia Bella. Hanya bertahan tiga tahun, mereka berpisah pada 2020.

Baca juga: 'ALLAH kurnia 3 insan hebat.' Engku Emran titip penghargaan wanita pernah berada di sisinya

Sumber: TikTok Zayan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca