PEMERGIAN isteri tercinta kepada pelawak terkenal, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad masih segar dalam ingatan semua.

Sedang menyesuaikan diri dengan situasi baru menguruskan anak-anak dan selepas pemergian Allahyarham Siti
Sarah Raisuddin, Shuib mengakui ada cabarannya.

Salah satu yang membelenggu fikiran Shuib baru-baru ini apabila doktor memberitahu berkenaan susu yang diperlukan bayinya, Ayash Affan.

Ayash disarankan doktor untuk diberikan susu ibu kerana susu ibu mempunyai banyak kelebihan dan dan manfaat
kepada bayi pramatang.

Justeru, usahawan berusia 37 tahun itu telah memilih untuk mendapatkan susu ibu dalam kalangan keluarga
sendiri untuk anak pramatangnya.

Menerusi satu sesi temu bual TV baru-baru ini, Shuib memutuskan untuk menjadikan sepupunya sebagai ibu susuan kepada Ayash Affan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menurutnya, keputusan tersebut dibuat setelah berbincang sesama ahli keluarga.

Bapa kepada empat anak itu bersyukur kerana ada di kalangan keluarga iaitu sepupunya yang baru sahaja
melahirkan anak dalam enam bulan.

Akui Shuib, dia merasa bimbang akan masa depan Ayash sekiranya mendapatkan susu badan daripada orang luar.

Iklan

“Takut juga masa depan nanti kita tak tahu apa nak jadi. Takut terkahwin pula..jadi masalah nanti. Jadi,
saya ambil dalam kalangan keluarga,” ujarnya.

Dalam pada itu, Shuib turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakan artis dan semua yang berniat
membantunya medapatkan susu ibu.

Baca juga Usah kongsi video, foto lama, Shuib mohon henti cerita kebaikan arwah isteri berlebihan

Iklan

“Saya harap ALLAH membalas ganjaran kepada semua yang ada sejak hari pertama bersama-sama dengan saya. Terima kasih juga kerana doakan kekuatan untuk diri saya,” mohonnya.

Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah Raissudin, 36, menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 5.13 pagi, 9 Ogos
2021 di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tunku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Allahyarham yang mendirikan rumah tangga bersama Shuib pada tahun 2011 dan dikurniakan empat anak iaitu
Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan.