PEMERGIAN penyanyi Siti Sarah Raissuddin pada Isnin lalu masih segar dalam ingatan.

Kematian tersebut turut memberikan kesan mendalam kepada ramai termasuk rakan artis dan para peminatnya.

Justeru, pelawak, Shuib Sepahtu meminta orang ramai agar tidak berkongsi foto atau video yang memaparkan Allahyarham Siti Sarah Raissiddin dalam keadaan tidak menutup aurat dengan sempurna di media sosial.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhamad, meminta jasa baik orang ramai yang telah memuat naik video atau foto seumpama itu agar segera memadamkannya demi menghormati arwah isterinya itu.

“Assalamulaikum semua. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang mendoakan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, bidadari syurga saya.

“Tetapi saya ada permintaan iaitu saya memohon kepada semua untuk tidak mengeluarkan lagi gambar dan video arwah yang tidak menutup auratnya dengan sempurna.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

“Saya juga memohon kepada mereka yang sudah berkongsi foto atau video itu di media sosial agar mengeluarkannya,” katanya.

Shuib juga berharap segala kebaikan yang pernah dilakukan arwah isteri tercinta sepanjang hayatnya tidak lagi disebut-sebut kerana risau akan disalah erti.

Iklan

Baca juga ‘Biar semua tahu kematian tak mengakhiri cinta,’ bait nyanyian terakhir Siti Sarah bagaikan memberi petanda akan pergi selamanya

“Saya juga memohon untuk tidak menceritakan kebaikan Allahyarham secara berlebih-lebihan. Cukuplah kita bersederhana dalam setiap perkara dan perbuatan kita. “Insya-ALLAH semoga kita diberkati dan dirahmati Allah,” coretnya.

Isnin lalu, Allahyarham Siti Sarah, 36, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 5.13 pagi, selepas bertarung dengan Covid-19.

Iklan

Allahyarham Siti Sarah meninggalkan suami dan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan secara pembedahan, minggu lalu.