Gambar disalah guna, Izzue Islam buat laporan polis

A
A
A

PELAKON dan penyanyi popular, Izzue Islam berang apabila gambarnya telah disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mempromosikan kasino secara atas talian.

Izzue, 31, berkata, dia mendapat tahu perkara itu setelah beberapa peminat dan pengikut Instagramnya berkongsi perkara itu menerusi mesej peribadi (DM).

“Aku tak pernah terjebak dengan iklan kasino online! Tolong jangan buat orang keliru.

“Terima kasih pada semua yang DM, kalau anda semua tak DM, aku pun tak tahu pasal ini,” ujarnya.

Antara yang memaklumkan mengenai wajah Izzue yang digunakan untuk mempromosikan kasino online.

Tidak berdiam diri, Izzue telah membuat satu laporan polis berhubung perkara tersebut pada Ahad.

Terdahulu, pelawak dan penyampai radio, Issey Fazlisham turut berkongsi perkara sama apabila videonya dikaitkan dengan promosi perjudian atas talian.

BERITA BERKAITAN ‘Saya Telah Difitnah!’ –Issey Fazlisham Bengang Dipergunakan Untuk Video Judi Online

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca