Gara-gara penyapu robot & anak terlalu aktif, Yana Samsudin masuk wad diserang Praeklampsia
TEKANAN boleh memberi risiko kepada masalah kesihatan.
Hal demikian berlaku kepada pelakon, Yana Samsudin baru-baru ini.
Beliau terpaksa dikejarkan ke hospital dan disahkan menghidap praeklampsia iaitu sejenis penyakit darah tinggi yang sering menyerang ibu hamil.
Berkongsi punca diserang penyakit itu, Yana atau Nurliana Samsudin, 40, berkata, ia bermula selepas dua anaknya iaitu Aisy Mateen dan Aura Aisy Sofea berkelakuan terlalu aktif.
"Ya, saya kena hypertension... praeklampsia kira-kira tiga minggu lalu,” kongsi Yana menerusi satu hantaran di laman TikTok.
Kata beliau, tiga orang staf @BagoosMy & @prokuyastudios dijangkiti Covid-19 dan menyebabkan dirinya terpaksa bekerja dari rumah.
Yana sebelum terpaksa duduk di rumah selama enam bulan akibat alahan mengandung cahaya matanya yang ketiga.
Dalam masa sama, wanita tersebut sedang menyambung pelajaran Sarjana Pengurusan Korperat di Universiti Pahang, Malaysia.
Kesibukan itu akhirnya membawa mudarat kepada diri sendiri.
Cerita Yana lagi, beliau kerap pulang lewat daripada kerja dan terpaksa bawa anak-anak ke pejabat kerana tiada pembantu.
Sebagal ibu, beliau sangat menitik beratkan soal kebersihan dan virus.
“Jadi, saya dah pesan kat anak-anak hanya duduk bermain di dalam office saya sahaja jangan keluar dari office saya bermain di area staff lain. Saya risau virus tu mungkin ada lagi.
“Tapi dah nama budak budak kan? Mereka main jugak lari lari,” katanya.
Pun demikian, sebaik mesyuarat terakhir, beliau perasan kedua anaknya itu bermain satu pejabat.
"Sampailah malam selepas mesyuarat terakhir, baru saya perasan anak saya main lari-lari satu pejabat sampai raga bakul sampah kosong, dia sarung dekat kepala untuk jadi naga. Masa ni saya sudah mula jerit dekat anak saya," ceritanya.
Bersama kapsyen tersebut, Yana memuat naik sekeping foto memperlihatkan dirinya terbaring di katil hospital menerima rawatan.
Tambah Yana lagi, kelakuan anaknya itu membuatkan beliau marah dan menangis kerana terlalu tertekan.
"Saya jerit sekuat hati marah dekat anak saya sampai saya menangis-nangis, saya balik dalam kereta pun saya nangis.
"Sampai dekat rumah pun saya nangis. Suami saya tak pujuk dan peluk saya pun. Dia cakap saya stres pasal kerja dan staf saya," luahnya.
Baca juga: Darah tinggi ketika kehamilan boleh menyebabkan sawan, ini pentingnya ubat cair darah
Setelah mendapati tahap kesihatannya tidak berapa baik, Yana segera mendapatkan rawatan di hospital.
Untuk info, hasil perkahwinan Yana dan Fadzil Zahari pada 13 Februari 2015, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Aisy Mateen, 8, dan Aura Aisy Sofea, 4.
Yana kini sedang hamil lapan bulan dan sedang menanti kelahiran anak ketiga.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang