GV8 : Nico G tersingkir, Nikki ungguli minggu ketiga

Untitled design (85)
Untitled design (85)
A
A
A

KUMPULAN rap terkenal, Nico G menjadi bintang pertama Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) diumumkan tersingkir pada konsert minggu ketiga yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Ahad.

Menerusi konsert bertemakan Segalanya Ku Terima, Nico G yang dianggotai Nico, Affa dan Dino itu menyampaikan lagu Manis oleh Datuk Zainal Abidin mendapat markah 50.10 peratus (%) oleh juri tetap.

Mewakili Nico G, Muzaffar Shah Baharin atau Affa berkata, mereka sudah melakukan yang terbaik.

“Pertama sekali kami ucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga besar Nico G. Alhamdulillah 30 tahun kami berada dalam industri muzik tanah air bermula 1992 sampai sekarang.

"Ini (GV8) adalah satu pentas yang amat menggegarkan untuk kami. Tetapi kami sudah melakukan yang terbaik,” katanya pada penghujung konsert.

Dalam pada itu, penyanyi Nikki menungguli konsert minggu ketiga dengan 84.80% dan sekali gus memenangi anugerah Bintang Paling Power Miaw dan membawa pulang wang tunai RM1,000 serta produk Adabi bernilai RM500.

Selain Nikki, penyanyi Aweera diumumkan sebagai pemenang Anugerah Betul Betul Luar Biasa Digi berdasarkan undian peminat dan menerima hadiah wang tunai RM1,000, manakala Saiful Apek dan Yasin Yahya (SA.YA) sekali lagi terpilih sebagai Bintang Cuckoo Paling Gempak.

Kesemua peserta diadili menerusi format penjurian seratus peratus oleh barisan juru profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang selaku juri tetap, manakala Datuk AC Mizal sebagai juri jemputan.

Program GV8 dihoskan pasangan pengacara serasi, Nabil Ahmad dan Jihan Muse itu disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (saluran 104), setiap Ahad, jam 9 malam bermula 21 November lalu.

Berikut adalah kedudukan bintang pada minggu ketiga dan lagu yang bakal dinyanyikan pada minggu keempat menerusi tema Berdiri Bulu Romaku :

  1. Nikki Palikat – 84.80% (Zombie)
  2. Aliff Aziz – 83.90% (Jika Kau Rasa Getarnya)
  3. Adibah Nor – 81.30% (Jika)
  4. Suki Low – 78.60% (Jampi)
  5. YA                 – 73.70% (Getaran Jiwa)
  6. Aweera –  50% (Bila Cinta)
  7. Upiak                 – 61.30% (Cinta Sejati)
  8. Bandi Amuk – 60.10% (Satu Kesan Abadi)
  9. Shidee – 58.30% (Hati Yang Terluka)
  10. Ani Mayuni – 58.10% (Lebih Indah)
  11. Azan Scan – 54.80% (Dir)
  12. Datuk Fazley Yaakob – 54.00% (Mahligai Syahdu)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca