KONSERT Gegar Vaganza Kongsi Kasih (Konsert GV8) menyaksikan kesemua bintang mara ke minggu keenam yang bakal berlangsung pada 26 Disember depan.

Pada minggu yang bertemakan Dulu Lain Sekarang Lain itu, penyanyi negara seberang, Upiak Isil hampir tersingkir setelah menduduki tangga terendah dengan 57 peratus (%) markah.

Nikki Palikat pula kembali mengungguli di tempat pertama dengan 78.5% markah sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 dan produk Adabi bernilai RM500.

Berikut adalah senarai markah ke semua bintang pada minggu pertama :

Persembahan bintang GV8 diadili oleh juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang dan juri jemputan, Datuk Yusof Haslam. Manakala Nabil Ahmad bergandingan dengan Elly Mazlein (menggantikan Jihan Muse yang terkandas akibat banjir) selaku hos.

Dalam pada itu, Azan Scan memenangi anugerah pemenang Anugerah Betul Betul Luar Biasa Digi berdasarkan undian peminat dan menerima hadiah wang tunai RM1,000, manakala Saiful Apek dan Yasin Yahya (SA.YA) sekali lagi terpilih sebagai Bintang Cuckoo Paling Gempak.

Iklan
Elly Mazlein tampil menggantikan Jihan Muse yang terkandas di Shah Alam akibat banjir.

Minggu ini juga menyaksikan produksi GV melalui Yayasan Astro Kasih akan menghulurkan bantuan sebanyak RM80,000 kepada Tabung Bantuan Bencana Negara NADMA dan Mercy Malaysia (RM40,000 setiap pertubuhan) bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang terkesan dengan musibah yang melanda negara pada ketika ini.

GV8 disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menerusi Astro Ria (saluran 104), setiap Ahad, jam 9 malam.

Iklan

Juara GV8 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 dan trofi, manakala tempat kedua dan ketiga, masing-masing membawa pulang RM50,000 dan RM30,000 beserta trofi.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula, masing-masing akan menerima hadiah berupa wang tunai bernilai RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 serta trofi.