Habsah Hassan, suami positif Covid-19. Alami batuk berpanjangan, sakit mata

A
A
A

Jangan lupa follow kami di Instagram!

PENULIS lirik terkenal, Datuk Habsah Hassan tidak menyangka hasil pemeriksaan kesihatan tahunan yang dilakukan telah mengesahkan beliau dijangkiti Covid-19.

Memetik laporan portal berita tempatan, Habsah telah menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan beberapa hari lalu.

Pun demikian, hasil pemeriksaan kesihatan tersebut doktor mendapati ada sesuatu yang tidak kena pada paru-parunya.

Baca juga Covid-19: Kenali Simptom Utama Mengikut 4 Situasi Dan Senarai Kit Ujian Yang Kita Boleh Buat Di Rumah

“Saya alami batuk berpanjangan dan sakit mata. Selepas melakukan ujian calitan saya disahkan positif Covid-19.

“Disebabkan saya turut mengalami masalah pernafasan, maka saya membuat keputusan untuk dirujuk hospital bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Beliau kini dilaporkan sedang dirawat di salah sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara.

Difahamkan, Habsah berusia 71 tahun itu dikejarkan ke hospital semalam selepas sukar bernafas dan perlu diberi bantuan oksigen.

Selain Habsah, suaminya, Mohamed Jusoh juga dijangkiti virus sama dan menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Bagaimanapun, beliau reda diuji dengan wabak berkenaan walaupun mendakwa sudah lama tidak keluar rumah dan bertemu dengan orang.

“Saya reda ALLAH SWT memberikan saya ujian ini. Semoga sahabat-sahabat mendoakan saya sekeluarga diberi kesembuhan,” ujarnya.

Direkodkan, Habsah merupakan penulis lirik yang telah menghasilkan lebih 1,000 lirik lagu.

Antaranya ialah Terasing, Salam Terakhir dan Merisik Khabar nyanyian Allahyarham Sudirman.

Foto: Facebook Datuk Habsah Hassan 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca