'Hadiah indah daripada anak untuk ibu.' Anak raih result cemerlang & dapat anugerah, luahan hati Rita undang sebak!
NAMA figura seni Rita Rudaini tidak perlu diperkenalkan lagi.
Rata-rata kaum wanita khususnya kagum dengan ketabahan dan semangat luar biasa yang beliau miliki dalam membesarkan anak-anak sendiri.
Biarpun bergelar ibu tunggal, namun pemilik nama sebenar Rita Rudaini Mokhtar itu membuktikan kemampuan mendidik dua putera hatinya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna dengan baik.
Baca ni Kewajipan isteri & ibu tidak terabai, rupanya air tangan Ezzaty rahsia penambat hati suami
Pengorbanan anak kelahiran Perlis itu nyata berbalas bila mana anak sulungnya berjaya melanjutkan pengajian ke sekolah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Terbaharu, bekas Dewi Remaja 98/99 itu meluahkan rasa sebak dan syukur usai Airit Rayyan memperoleh keputusan cemerlang dan menerima anugerah daripada pihak sekolah dalam satu upacara khas.
Luahan penuh emosi dan sebak itu cukup bermakna memandangkan kejayaan anaknya yang berusia 14 tahun itu adalah sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya.
"Tahun lepas hari lahir mommy, Ryan bagi hadiah dapat tempatkan diri di MRSM. Tahun ni Ryan bagi hadiah lagi. Dapat Anugerah Pengetua dengan pointer tinggi," kongsi pemegang Diploma Pentadbiran Perniagaan itu menerusi media sosialnya.
REZEKI ANAK-ANAK BAIK
Pada masa sama, Rita turut melahirkan rasa syukur atas kurniaan yang diberikan YANG MAHA ESA buat anak-anaknya.
"Syukur alhamdulillah, mommy tak mintak lebih cuma nak anak-anak buktikan pada diri sendiri dan kepada orang di luar sana yang kita mampu berjaya. Pedulikan cemuhan dan kejian manusia kerana ALLAH sentiasa ada untuk kita.
"Jadi terbaik untuk diri sendiri bukan untuk puaskan hati orang lain. Terima kasih ALLAH kerana hadiahkan rezeki anak-anak yang baik untukku. Sudah memadai. Rezeki Ramadan," ungkap Rita tulus.
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai. Selain melahirkan ucapan tahniah atas kejayaan anak bujang Rita, rata-rata berbangga dan sebak dengan pengorbanan pelakon terkenal tersebut.
Berikut beberapa petikan komen warga maya dalam Instagram beliau:
"Masha-ALLAH Rita. Tengoklah apa yang dituai. Anak soleh lebih baik dari dunia dan isinya. Tahniah Ryan. Tahniah Rita. Beruntungnya kamu Rita. ALLAH ambil satu, DIA bagi dua malah lebih baik. Semoga Ryan dan Arjuna terus membanggakan mummy. Aamiinnn ya rabbal alamin.'
'Ini buktinya tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia. Masya-ALLAH, ini lah sinar yang ALLAH beri setelah ribut berlalu.'
'Masya-ALLAH. Mommy hebat jadi anak-anak pun pasti hebat. Tahniah Ryan dan mommy. Alhamdulillah.'
'Inilah hadiah paling indah daripada anak untuk ibunya. Setiap pengorbanan perit-jerih tak terasa apabila melihat kejayaan anak-anak. Tanpa sedar air mata pun mengalir di pipi.'
'Menitis air mata ni. Semoga Ryan berjaya dalam hidup dan banggakan mommy ya.'
'Masya-ALLAH. Kita yang sebak. Semoga terus istiqamah Rayyan. Dahulukan akhirat, dunia pasti menyusul. Tahniah Rita.'
Sumber: Instagram Rita Rudaini
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang