Manis berhijab, penampilan Intan Ladyana curi tumpuan, warganet doa agar istiqamah

A
A
A

MANIS berhijab di laman sosial, penampilan aktres Intan Ladyana mencuri tumpuan warganet.

Pemilik nama Intan Nurladyana Muhammad Yahaya muncul menerusi laman sosial Instagram rasmi beliau dan suaminya, Harris Aliff.

Dalam hantaran tersebut, Intan dilihat memakai tudung berona kelabu yang sedondon dengan warna blausnya.

Baca juga: Manis bertudung bawal, perkahwinan sederhana, ringkas Nurul Izzah jadi perhatian warga maya

Foto keluarga kecil mereka yang sedang mengikuti pelayaran kapal persiaran itu menerima lebih 25,000 tanda suka dan 100 komen.

Warga maya teruja dengan penampilan Intan  menerusi gambar tersebut dan memuji kecantikannya.

Baca juga: [15 FOTO] Kemunculan Sultanah Nur Diana Petra sekali lagi jadi tumpuan, diiringi Che Puan Sofie

Baca juga: Evie Khadeeja- Harris, Intan kongsi wajah  nama anak

 

Tidak kurang yang menitipkan doa agar pelakon filem Adnan Sempit itu agar istiqamah. Ujar mereka:

-"Intan memang cantik, jadi ibu semakin berseri. Pakai tudung masya-ALLAH cantikk sungguh."

-"Semoga Intan istiqamah. Awak sangat cantik bertudung."

-"Masya-ALLAH cantiknya Intan pakai tudung."

-"Sweet and lovely family. Cantik berserinya Intan Bertudung."

-"Cantiknya Intan Ladyana bertudung. Semoga terus istiqamah."

-"Cantiknya Intan. Semoga istiqamah. Peringatan untuk diri sendiri juga. Beautiful family."

Baca juga: “Sungguh istimewa, beliau melakukannya kerana ALLAH”- Sonny Williams luah gembira isteri berhijab

Baca juga: ‘Off Market’, antara selebriti tamat zaman bujang 2021

 

Aktres yang berdarah peranakan Melayu dan Siam itu memulakan kerjayanya dalam bidang peragaan pada usia 23 tahun dengan menyertai Pusingan Kedua Dewi Remaja 2005/06.

Intan kemudian menceburkan diri dalam bidang lakonan pada tahun 2005 dan pernah dicalonkan di Festival Filem Malaysia ke-24 bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Anugerah Skrin 2012 untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik (Filem).

Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada Februari 2021. Perkahwinan pasangan selebriti itu diserikan dengan kehadiran cahaya mata sulung, Evie Khadeeja yang dilahirkan pada penghujung Januari lalu.

Baca juga: Harris Alif hadiahkan Permaisuri buat Intan Ladyana           

Baca juga: Intan Ladyana terima hadiah istimewa di hari jadi

Sumber: Instagram intanladyanaHaris Aliff 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca