‘Hanya yang ada anak lambat bertutur je memahami’, Mia Ahmad kongsi anak sulung speech delay curi perhatian

TUAH ayam dapat dilihat, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah juga dengan kehidupan kita.

Bukan semua ibu bapa di dunia ini diberi peluang untuk membesarkan anak yang lambat bercakap ataupun dikenali sebagai speech delay.

Speech delay adalah merujuk kepada kelewatan dalam keupayaan seorang kanak-kanak itu untuk bercakap atau menghasilkan bunyi.

Kelewatan ini ditentukan berdasarkan garis masa yang sepatutnya mereka garis masa perkembangan normal untuk usia mereka.

Begitu juga yang dilalui pelakon, Mia Ahmad yang berkongsi sebuah video memaparkan anak sulungnya mengalami kelewatan pertuturan.

Baca juga Mia Ahmad timang anak ketiga

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi Tiktok, isteri kepada penjaga gol Johor Darul Ta’zim ini meluahkan rasa sedih apabila anak sulungnya itu cuba bertutur dengan suaminya yang mengalami kecederaan.

Kelihatan juga suaminya, Mohd Izham Tarmizi sedang melayani anak lelakinya Sayf Issa.

Bukan itu sahaja, Mia turut sebak melihat anaknya itu mempamerkan rasa simpati dan bimbang sambil bertanya kepada bapanya dengan percakapan yang belum lancar.

“Perkataan pertama Issa cakap bila tengok Daddy cedera, ‘Do you want a doctor?’

“Issa masih belum bercakap lancar dan dia tak bercakap sangat pun.

“Tapi dia dah ada rasa belas kasihan. Yang ada anak lewat pertuturan sahaja memahami rasa inim,” tulisnya.

Perkongsiannya itu mencuri perhatian ramai yang rata-ratanya sangat memahami situasi yang dialami pelakon berusia 35 tahun itu.

Menjengah ruangan komen, ramai juga yang turut berkongsi pengalaman sama yang kini dihadapi Mia selain turut mendoakan pasangan tersebut diberikan kemudahan dalam membesarkan cahaya mata.

Baca juga Tegur beri anak gajet punca ‘speech delay’, guru prasekolah mohon maaf, hanya tuju ibu bapa malas

Gambar fail.

Sementara itu, ini tanda-tanda speech delay yang boleh ibu bapa kenali seawal usia anak 12 bulan.

Iklan

1. Apabila sudah berusia 12 bulan, ia menjadi satu kerisauan jika anak anda masih belum boleh melakukan perkara seperti berikut;

  • Melambai ‘bye-bye’ atau menggunakan jari telunjuk untuk menunjuk ke arah objek.
  • Menggunakan beberapa bunyi konsonan.
  • Menyuarakan keperluan mereka.

2. Apabila mencapai usia 15 hingga 18 bulan, seorang kanak-kanak itu berisiko untuk menghidap kelewatan bercakap jika mereka belum boleh menunjukkan perkara-perkara seperti berikut;

  • Tidak mengucapkan ‘mama’ dan ‘dada’.
  • Tidak membalas apabila diberitahu perkara seperti ‘Tidak’, ‘Jangan’, ‘Helo’ dan juga ‘Bye’.
  • Tidak mempunyai satu hingga tiga kosa kata (menjelang usia 12 bulan) dan 15 perkataan menjelang usia 18 bulan.
  • Tidak berupaya untuk mengenal pasti bahagian badan.
  • Menunjukkan kesukaran dalam meniru bunyi dan tindakan.

3. Pada usia dua hingga empat tahun pula, berikut adalah tanda-tanda tambahan untuk speech delay yang perlu anda perhatikan;

  • Gagal menghasilkan ayat secara spontan.
  • Tidak mampu untuk mengikut arahan mudah.
  • Tidak mampu untuk menyambungkan dua perkataan.
  • Kurang bunyi/penggunaan konsonan pada permulaan atau di penghujung perkataan.
  • Sukar untuk difahami oleh ahli keluarga terdekat sendiri.
  • Tidak mampu untuk membuat ayat mudah yang mengandungi dua hingga tiga patah perkataan.

Oleh itu, penting untuk ibu bapa bawa si manja ke perhatian doktor bagi menyaring keupayaan mereka untuk bercakap.

Melalui ujian saringan dan pemeriksaan rapi, doktor dapat menentukan diagnosis dan juga keterukan keadaan anak anda.

Baca juga Anak kecil lambat bercakap tidak semestinya mereka autisme, ini penjelasan pakar

Iklan

Peranan ahli perubatan lain seperti ahli terapi pertuturan, ahli terapi pekerjaan dan juga pakar perkembangan kanak-kanak juga turut dimainkan bagi merawat kanak-kanak yang menghidap speech delay.

Jika anda mengenal pasti tanda-tanda amaran dalam anak anda yang menunjuk ke arah masalah kelewatan bercakap, dapatkan perhatian doktor segera.

Diagnosis yang lebih awal membolehkan rawatan bermula dengan lebih cepat. Jangan biarkan si manja terus membisu.

Sumber: Mia Ahmad, hellodoktor

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.