PENDEK tapi elok maknanya, pelakon Mia Ahmad mendedahkan nama yang diberikan buat puteri ketiganya.

Genap sebulan selepas bersalin pada 16 Januari lalu, Mia atau nama penuhnya Samihah Ahmad Baderi, 35, memuat naik video yang memaparkan wajah si kecil.

“Assalamualaikum everyone! Meet our 3rd baby, Imaani Binti Mohd Izham Tarmizi,” kongsi Mia.

Mia, 34, yang popular menerusi drama Hati Perempuan dan Mr Boss Miss Stalker mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Sri Pahang FC, Mohd Izham Tarmizi Roslan pada 13 Januari 2017.

Baca juga: Selamat bersalin, Mia Ahmad timang anak ketiga

Selain Imaani, mereka terdahulu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Sayf Issa, 4, dan Iris yang kini berusia dua tahun.

Cantiknya kan nama Imaani, simple and sweet. Menerusi carian di laman tempo.com, dalam bahasa Arab nama ini bererti iman. Ejaan alternatif lainnya adalah Iman atau Emani.

Baca juga: Bila orang cakap, tudung labuh macam mak cik dan tidak moden, ini jawapan padu Mia Ahmad

7 TIP BERI NAMA ANAK DALAM ISLAM

Iklan
Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

Selain itu, SinarPlus ingin berkongsi tip buat ibu bapa yang baru menimang cahaya mata menamakan anak yang baru dilahirkan. Ada yang mengatakan ia afdal diberikan pada hari ketujuh, betul ke? Ini penjelasan Pejabat Mufti Wilayah:

1-Harus untuk memberikan nama kepada bayi yang baru dilahirkan pada bila-bila masa sahaja selepas kelahirannya.
2- Tiada waktu tertentu yang dilarang untuk memberikan nama kepada bayi yang telah dilahirkan.
3-Tentang waktu terbaik untuk memberikan nama kepada bayi, Pejabat Mufti Wilayah cenderung untuk memilih pendapat bahawa bayi yang baru dilahirkan adalah sebaiknya diberikan nama pada hari kelahirannya.
4-Hari ketujuh pula boleh dijadikan hari pengisytiharan nama bayi tersebut kepada sanak-saudara dan orang lain dan ia sangat bersesuaian jika pada hari tersebut juga diadakan majlis aqiqah untuk bayi tersebut.
5-Disarankan agar memberikan nama yang baik, tiada sebarang unsur syirik dan ada harapan serta doa untuk anak yang dinamakan itu.
6-Dicadangkan agar nama-nama yang diberikan berbeza daripada nama yang bukan Islam. Begitu juga dengan penggunaan bin atau binti, ia amat patut dikekalkan. Ini sesuai dengan budaya yang telah kita fahami sejak sekian lama.
7-Ia bertujuan agar tidak menimbulkan sebarang persoalan dan pertanyaan adakah seseorang ini Islam atau tidak, tetapi dengan hanya disebut nama maka akan diketahui seseorang itu Islam atau sebaliknya.

Baca juga: Bahaya tumpah darah lepas bersalin rahim boleh dibuang, 12 golongan ibu hamil ini jaga-jaga ya

Iklan

Sumber: Instagram Mia Ahmad, Pejabat Mufti Wilayah 1, 2

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.