HARI lahir adalah hari yang paling istimewa, paling dingati, dikenang dan paling bersejarah dalam hidup seseorang.

Semua orang pasti mempunyai tarikh lahir masing-masing yang tertulis sejak azali dalam kitab ALLAH.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Setiap antara kita juga pasti akan mengingati dan meraikan hari lahir dengan cara masing-masing.

Bukan setakat kita sendiri, malah orang-orang sekeliling yang punyai perkaitan serta hubungan dengan kita akan turut mengingati dan meraikannya kerana tarikh hari lahir seseorang itu adalah tarikh yang sangat istimewa.

Dengan mengingatinya, ia memberikan tanda dan simbolik sebuah penghargaan, penghormatan, kasih sayang dan cinta.

Begitu juga dengan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza (Tok Ti) yang menyambut ulang tahun kelahirannya ke 43 pada hari ini.

Sebagai penyanyi kesayangan ramai, media sosial dihujani pelbagai ucapan istimewa buat anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu sehingga menjadi trending di Twitter sejak malam tadi.

Baca juga Siti: Are You Ready? rakaman cerita sebenar di sebalik tabir konsert Siti Nurhaliza on Tour

#HappyBirthdaySitiNurhaliza trending, video Siti Aafiyah curi tumpuan

Iklan

Titip mereka;

“Happy Birthday to our one and only the unstoppable irreplaceable queen, Siti Nurhaliza. Thank you so much being
inspiration to us for so many years.”

“Happy Birthday to the one and only idol. May ALAH SWT bless you and your family always. Love for ever.”

“At the age of 43 we still can’t deny she’s still popular and amazing.Well she’s still trending from last year
until now proving that she remains our Malaysia sweetheart.”

“Happy Birthday to queen of industry music in Malaysia.”

“Happy Birthday to our living legend Dato’ Siti Nurhaliza!”

Sementara itu, apa yang paling mencuri tumpuan ramai apabila melihat anak sulungnya, Siti Aafiyah yang membuat ucapan khas buat Tok Ti.

Baca juga [VIDEO]Tok Ti Kongsi Gelagat Aafiyah Nyanyi, Cipta Lirik Sendiri Buat Ramai Melting

Iklan

Menerusi sebuah video pendek di Insta Story, Aafiyah mengucapkan terima kasih melahirkan dia.

“Terima kasih ibu lahirkan Aafiyah. Love you so much. Happy Birthday ibu,” titip Aafiyah.

Selamat hari lahir Tok Ti!