BUAT julung kalinya, dua band terkenal Indonesia, Radja dan Repvblik bergabung untuk menjayakan Konsert Radja dan Repvblik Live In Kuala Lumpur di WTC Kuala Lumpur pada 13 November ini, jam 8.30 malam.

Kedatangan mereka pastinya ditunggu-tunggu peminat memandangkan kedua-duanya mempunyai populariti tersendiri di kalangan peminat Indonesia serta di negara ini.

Radja dikenali menerusi lagu popular Jujur, Tulus dan Benci Bilang Cinta, manakala Repvblik dengan lagu Sandiwara Cinta yang sememangnya sering menjadi siulan peminat.

Bagaimanapun kedengaran khabar tidak enak mengatakan yang harga tiket dikenakan agak tinggi sekaligus membantutkan hasrat peminat untuk menonton konsert.

Justeru, penganjur iaitu 2NBA Entertainment prihatin terhadap rungutan peminat dan telah menawarkan harga tiket berkonsep beli satu percuma satu.

Selain itu, harga tiket turut dikurangkan RM100 di Zone 1, 2 dan 3 dan RM50 di Zone 3, 4 dan 5.

“Bagi peminat-peminat yang ingin menyaksikan buat pertama kali dua kumpulan popular ini diatas satu panggung, sila dapatkan tiket anda di ilassotickets.com sebelum kehabisan

Iklan

“Buat peminat mereka di Malaysia pastinya tidak mahu melepaskan peluang ini.

“Dengan pasukan produksi yang berpengalaman menguruskan perjalanan konsert ini, pasti sesuatu yang hebat akan dipersembahkan. Memori pasti terpahat dalam jiwa semua yang hadir,” kata wakil penganjur, Aidiel Abdul Ghaffar.

Iklan
KUMPULAN RADJA DAN REPVBLIK
Vokalis Repvblik, Ruri Herdian Wantogia (dua dari kiri) dan vokalis Radja, Ian Kasela (dua dari kanan) bersama pihak penganjur ketika sesi sidang media di Kuala Lumpur bulan lalu.

Konsep Buy One Free One (B1F1) menyaksikan harga asal tiket kini berubah, berikut merupakan harga baharu yang diberikan oleh pihak penganjur;

Zone 1- RM598- B1F1 (1 tiket berharga RM299)
Zone 2- RM698- B1F1 (1 tiket berharga RM349)
Zone 3- RM498- B1FI ( 1 tiket berharga RM249)
Zone 4- RM398- B1F1 (1 tiket berharga RM199)
Zone 5- RM298- B1F1 (1 tiket berharga RM149)
Zone 6- RM198- B1FI (1 tiket berharga RM99)