PROGRAM Hero Remaja dan Dewi Remaja sudah menjadi program kegemaran sejak 38 tahun dahulu.

Dewi Remaja mula dianjurkan pada tahun 1985, manakala Hero Remaja pula bermula sejak tahun 1990.

Pada tahun ini, buat julung kalinya kedua-dua pertandingan digabungkan serentak dan digelar Hero Dewi Remaja 2023.

Peserta terdiri daripada 16 orang finalis yang dipilih menerusi empat sesi uji bakat yang dilangsungkan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Petaling Jaya.

Penganjuran uji bakat Hero Dewi Remaja 2023 tersebut menerima penyertaan lebih daripada 850 peserta.

Selebriti popular yang juga juara Dewi Remaja 2005/06, Scha Al-Yahya pula sekali lagi diberi mandat untuk menjadi mentor dan juri tetap program tersebut.

Sebagai mentor dan juri, antara elemen yang Scha titik beratkan adalah daya tahan peserta dalam industri seni yang mencabar.

“Kita mahu mencari wakil atau ikon daripada platform Remaja ini mengikut kreteria dan nilai remaja perlukan kerana mereka ini adalah perintis.

“Saya rasa gembira diberi tanggungjawab sekali lagi dan saya sendiri datang dari platform yang saya.

“Cabaran pada tahun ini kita perlu perlu mencari mereka yang boleh menonjolkan nilai yang bagus,” katanya.

Tambah beliau, selain mempunyai keyakinan diri, setiap finalis perlu mempunyai skil komunikasi dan penampilan yang menarik.

Baca juga: Juara Dewi Remaja 2022 mahu berlakon dengan Datuk Adi Putra. Ini kata-kata Tracie Sinadol

Mereka juga hendaklah mempunyai kemahiran untuk menjawab temu bual dengan baik dan peka dengan isu semasa, bukan hanya ada keyakinan.

IMPAK BERBEZA

Sementara itu, Ketua Bahagian New Gen dan Men & Hobbies, Nu Ideaktiv, Fiezreen Ahmad berkata, pencarian Hero Dewi Remaja 2023 dijangka akan memberi impak berbeza disebabkan kelainan yang dipersembahkan.

“Apa yang menarik, edisi kali ini menyaksikan kelainan menerusi gabungan Hero dan Dewi dalam satu edisi.

“Semestinya bakal memberikan perspektif baharu dengan menampilkan kandungan yang lebih segar selari dengan misi untuk melahirkan anak seni berpotensi tinggi dan membentuk personaliti terbaik. 

“Diharapkan finalis tahun ini memberikan usaha mereka sepenuhnya dalam perjalanan bergelar juara,” katanya.

Menurutnya, sepanjang uji bakat diadakan, para peserta telah diuji dari pelbagai aspek. Antaranya personaliti diri, bakat, pengetahuan am dan gaya komunikasi.

 

Elemen tersebut sangat penting untuk melahirkan bintang yang siap untuk industri dan boleh menjadi contoh yang baik kepada remaja di luar sana.

Mereka bukan sekadar anak seni namun harus memiliki pandangan dan jati diri yang utuh apabila berada di khalayak ramai.

Ujar  Fiezreen, platform tersebut sebelum ini telah melahirkan ramai permata industri seni.

Antara generasi baharu pertandingan itu yang kini menjadi bualan hangat seperti Nadhir Nasar, Meerqeen, Anna Jobling, Shaza Bae, Mierul Aiman, Amir Ahnaf dan Tracie Sinidol.

Baca juga: Pengakuan bekas Dewi Remaja: “Syukur, ALLAH tutup aib saya.”

PENGISIAN MENARIK

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari pula berkata, pembaharuan  program realiti Hero Dewi Remaja 2023 tersebut bertepatan dengan golongan remaja masa kini.

“Terdapat pelbagai pengisian menarik dan bermanfaat telah pun disusun untuk menghiasi tugasan dan cabaran agar kami dapat mempersiapkan Hero dan Dewi ini dengan ilmu yang relevan dan boleh diterapkan di dalam kehidupan mereka.

“Pastinya, Hero dan Dewi ini bakal memikat hati penonton dan mengumpul kelompok peminat dengan bakat dan kebolehan mereka yang terpendam,” katanya.

Berikut merupakan 16 orang peserta telah terpilih sebagai finalis Hero Dewi Remaja 2023.

Baca juga: Tampil anggun dan mewah dengan gaya puteri sebenar, busana pernikahan Princess Rajwa curi tumpuan ramai

Finalis perempuan:

1.Arabella Ellen John Robert Nelson (18,Selangor)

2.Nurelyana Baharin (21, Sarawak)

Iklan

3.Qistina Rania Fakhrul Azam (22, Kelantan)

4.Nur Azka Azimah Ahmad Aziz (23, Sabah)

5.Cora Waybin (23, Sabah)

6.Nuramira Mohamed Rafid  (23, Selangor)

7.Nur Adrina Kamaruddin (24, Kelantan)

8.Nur Amirah Afrina Mohd Hashim (24, Kedah)

Finalis lelaki:

1.Aariz Iskandar Idris ( 18, Selangor)

2.Tan Jia Song (21, Selangor)

3.Mohd Al Hakim Khan Fakhruh Hadi (22, Selangor)

4.Azri Safix Mohd Razal (23, Kuala Lumpur)

5.Che Aiman Ameer Che Kamarudin (23, Johor)

Iklan

6.Muhammad Fitri Mohd Farok (24, Kuala Lumpur)

7.Razin Qidran Noor Hisham (24, Kuala Lumpur)

8.Evertts McClane Gomes (25, Sabah)

Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 bakal ditayangkan menerusi lapan episod  bermula 10 November, pada setiap hari Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Ria.

Selain bertanding menerusi cabaran episod yang ditayangkan, 16 finalis terpilih juga bertanding dari aspek populariti serta duo terbaik menerusi undian peminat yang dibuka bermula 10 November sehingga ke malam finale.

Mereka yang terbaik akan dipilih untuk bergelar Hero dan Dewi Favourite 2023 serta Best Chemistry Duo.

Undian boleh dilakukan pada setiap hari di laman web rasmi REMAJA di https://www.remaja.my/herodewi/

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!