Juara Dewi Remaja 2022 mahu berlakon dengan Datuk Adi Putra. Ini kata-kata Tracie Sinadol

A
A
A

AKHIRNYA Pencarian Dewi Remaja 2022 menemui titik noktah apabila peserta dari Sabah, Tracie Sinadol, 21, dinobatkan sebagai juara yang baharu.

Tracie berjaya menewaskan tiga lagi peserta akhir iaitu Siti Nur Aisyah Bee Md Nor, 22, Kimberly Chuah, 22 dan Noor Alyssa Ahmad Azim, 20.

Difahamkan perbezaan markah di antara Tracie dan naib juara, Siti Nur Aishah Bee benar-benar tipis iaitu hanya dua mata.

Pemarkahan pada malam itu adalah sebanyak 70 peratus dan bakinya diadili mengikut prestasi peserta pada episod sebelumnya.

Baca juga:  Dulu tak mampu bayar, kini Hidayah berjaya miliki kereta idaman berkat jualan sabun, produk kosmetik

Sementara itu, Tracie berkata, kesemua peserta mempunyai kelebihan yang tersendiri dan tidak menganggap mereka sebagai pesaing.

“Sebaliknya, saya menjadikan diri sendiri sebagai pencabar utama,” ujarnya pada sidang akhbar selepas Final Dewi Remaja 2022 di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur yang berlangsung Sabtu lalu.

Malam kemuncak itu juga dimeriahkan dengan persembahan oleh Noraniza Idris, Bunga Isme, Wani Kayrie dan Amysar Lee serta Isaac Voo.

Selain merangkul gelaran utama, Tracie turut menerima Anugerah Dewi Kegemaran dan beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000, trofi dan mahkota.

Kesemua finalis telah diadili secara profesional oleh dua bekas peserta Dewi Remaja iaitu Didie Alias dan Izara Aisyah.

Dalam pada itu, Tracie turut memberitahu kepada SinarPlus bahawa beliau bersyukur menyertai pertandingan itu kerana dapat mengetahui bakat terpendam yang dimilikinya.

“Tujuan saya menyetai Dewi Remaja adalah untuk menambah pengalaman, di samping membina identiti diri sendiri,” katanya.

Wanita jelita berkulit mulus yang pernah tular apabila dikatakan mirip pelakon Mira Filzah berkata, sekiranya diberi peluang, beliau ingin melebarkan sayap dalam bidang pengacaraan.

Pada masa sama, tidak akan menolak jika menerima tawaran untuk berlakon.

“Jika diberi pilihan saya ingin membintangi drama atau filem genre aksi dan artis lelaki yang saya mahu berlakon bersama adalah Datuk Adi Putra,” katanya.

Baca juga: “Buat mummy rasa wanita terbahagia dunia akhirat. ” Result anak cemerlang, Didie Alias luah sebak!

Baca juga: Terbakar seluruh badan, kulit dada menggelupas dan rambut seperti arang. Ibu ini gadai nyawa selamat 6 anak daripada kebakaran

Kredit foto: Tracie Sinadol

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca