PEMENANG tempat ketiga Hero Remaja 2017, Harris Annuar telah disahkan positif Covid-19 setelah menjalani ujian saringan yang pertama semalam.

Menerusi satu kenyataan di laman Instagram miliknya, Harris akan mengulangi ujian swab test itu untuk kali kedua pada hari ini.

Menurutnya, sehingga kini dia masih menjalani kuarantin kendiri di rumah seperti disarankan pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Harris juga memohon maaf di atas segala kesulitan dan turut meminta individu yang pernah berjumpanya dalam masa dua minggu terakhir untuk menjalani ujian Covid-19 di klinik yang berdekatan.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada Harris.

Iklan

fendybakry – Moga segalanya dipermudahkan bro. InsyaAllah.

shuibsepahtu – Semoga Allah permudahkan.

alifsatar – Syafakallah bro.

Baca juga Khareez dan Nadheera muncul juara Lagu Cinta Kita 2

Iklan

nurul_hana_manaf – Allahu… dahla rajin cycling dan jumpa ramai kawan. Semoga dipermudahkan urusan oleh Allah.

enola_potts – Syafakallah.. kuat semangat ok. InsyaAllah. Keep +ve okay!

achid_69 – Semoga cepat sembuh daripada segala penyakit dan diberikan kesihatan yang lebih baik oleh Allah SWT.

gmng_aji- Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan urusannya ,sihat selalu dan bersemangat.

SinarPlus doakan Harris kuat dan cepat sembuh.