SETELAH dua minggu berada di kedudukan tercorot, penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaacob kini terbuka menerima komen warga maya yang mendoakan dia tersingkir dari Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Justeru itu, ibu kesayangannya, Datin Umi Kalsom Abdol Latif, 68, tampil menitipkan kata-kata semangat buat penyanyi lagu Asmara Ini itu.

“Ibu tahu Paji tenang, gigih menghadapi cabaran seperti mana Paji sentiasa beritahu ibu Paji cuba berusaha yang terbaik. Syabas,” tulisnya di ruangan komen Instagram milik anak lelakinya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Dalam pada itu Fazley berkata, penonton bebas untuk memberi kritikan malah akan terus berusaha menyahut cabaran.

Iklan

“Buat mereka yang acap kali menyatakan “lebih baik masak di dapur je”, memang tiap-tiap hari saya memasak di restoran-restoran saya. Namun, saya tidak boleh abaikan rezeki yang sedang diletakkan di depan saya untuk meneruskan perjalanan di atas pentas megah ini.

“Selagi diberi peluang, saya akan kekal berusaha untuk menyahut cabaran mingguan. Andai kata, ramai yang terhibur, saya ucapkan terima kasih. Kalau ada yang terkesan, dan tidak setuju, saya tidak ambil hati.

'Ibu tahu Paji tenang, gigih'- Ibu Fazley Yaakob titip semangat

“Apabila ke pentas GV minggu pertama saya dah buka minda dan saya tak tutup pun ruang komen, saya benarkan mereka untuk kritik, mengeji dan sebagainya.

“Bila di pentas GV kita milik mutlak penonton, hak mereka untuk menilai. Jadi bila ada orang mintak kita terkeluar, maknanya orang ambil peduli untuk apa yang kita buat,” coretnya.

Mengakui nyanyiannya kurang menyengat disebabkan sudah 10 tahun tidak beraksi di pentas besar seumpama itu.

Iklan

“Jujur saya nyatakan, saya rasa terlalu kerdil berhadapan dengan semua penyanyi-penyanyi yang sememangnya pemenang pelbagai anugerah nyanyian! Semuanya vocalist hebat! Saya? Sekadar tukang masak yang pernah menjadi penyanyi rakaman. Kemudian memenangi pertandingan memasak, bukan pertandingan nyanyian.

fazley

“Namun, hati saya tekad, menyertai GV adalah satu rezeki besar dari ALLAH SWT. Siapalah kita untuk menidakkan aturan ALLAH? Apabila kita merancang, ALLAH merancang lebih baik untuk kita. Saya tetap tidak akan sia-siakan peluang yang diberi. Saya masih akan kekal berusaha untuk buat sehabis baik selagi saya masih berada di dalam gelanggang GV8.

Baca juga Baru berusia 24 tahun, tapi Naim Daniel sudah fikirkan legasi lakonan

“Jika minggu pertama saya gugup kerana dah 10 tahun tidak berada di pentas yang sebegitu hebat, kelmarin saya yakin saya telah buat lebih baik walaupun tidak sempurna,” ujarnya.