Jangan lupa follow kami di Instagram!

NEGARA kita sedang berada berhabis-habisan berjuang memerangi Covid-19 yang kini memasuki tahun kedua.

Justeru, dalam situasi pandemik yang entah bila akan berakhir rakyat Malaysia seharusnya berganding bahu dan meneruskan konsep #kitajagakita.

Bukannya, saling menuding jari menyalahkan pihak itu dan ini terutamanya melibatkan barisan hadapan kesihatan termasuk Ketua Pengarah Kesihatan (DG), Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Jika diperhatikan sejak koronavirus melanda negara Dr Noor Hisham antara individu yang tidak pernah berhenti bekerja bagi memerangi wabak jahat itu.

Pun demikian, terdapat segelintir individu menzahirkan ketidakpuasan hati kerana menyifatkan beliau gagal meredakan pandemik Covid-19 sehingga pada satu tahap menggesa Dr Noor Hisham meletakkan jawatan.

Gesaan tersebut bukan sahaja mencetuskan amarah dalam kalangan warga maya, malah turut mendapat perhatian Pencetus Ummah (PU) Amin.

“DG Hisham bergadai nyawa, berkorban masa dan tenaga untuk bantu rakyat Malaysia agar berjaya melawan Covid-19.

“Sepatutnya rakyat Malaysia yang matang dan berbudi wajib menyokong dan bersatu padu untuk hapuskan Covid-19,” tulis beliau menerusi laman sosial Instagramnya baru-baru ini.

PU Amin juga menambah bahawa tindakan untuk melepaskan jawatan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.

“Ini bukan drama petang boleh minta letak jawatan gitu je. Gunakanlah pengaruh dan nama untuk memandaikan masyarakat,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau juga mendoakan semoga ALLAH memelihara Dr Noor Hisham dan memberi kekuatan kepada barisan hadapan dalam berjihad melawan musuh negara Covid- 19.

“Semoga ALLAH memberi jalan petunjuk dan kebaikan buat kita semua,” titipnya.

Baca juga Face Mask Bukan Untuk Bergaya, Dr Noor Hisham Galakkan Guna Double Mask

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin)

Iklan

Terdahulu, semalam pelakon Lana Nordin berkongsi hantaran di laman sosial menggesa supaya Dr Noor Hisham meletakkan jawatan.

Lana mendakwa DG ‘berlakon’ semata-mata mempamerkan wajah kasihan dan keletihan.

Foto: Astro Gempak

Nampaknya, ‘cadangan’ Lana itu turut mendapat sokongan daripada pelakon Rita Rudaini.

Iklan

“Saya tak rasa kenyataan Lana itu salah. Ramai lagilah yang minta DG step down. Bukan Lana seorang sahaja di Malaysia ini.

“Tapi itulah manusia tidak ada modal kutuk sampai famili dan anak-anak dia. So yang keji adalah yang mengeji dan menghina. Tapi sistur pun sokong DG step down,” jelasnya.

Rita juga berpendapat setiap individu mempunyai hak menyuarakan pendapat seperti mana Lana berhak untuk bersuara.