PELAKON cantik, Intan Ladyana selamat bersalin anak sulungnya, semalam.

Perkongsian gembira tersebut dikongsikan oleh suami tercinta, Harris Alif menerusi akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Harris memaklumkan bayi sulungnya itu lahir tepat jam 11.40 malam.

“Alhamdulillah, syukur Ya ALLAH. Puteri sulung daddy dan mommy. Terima kasih semua atas doa-doa yang baik,” tulisnya.

“Alhamdulillah, syukur Ya ALLAH. 11.40 pm. 31 Januari 2022,” tulisnya pula di Instastory.

Baca juga Setahun berahsia, Azlee Khairi akui sudah bernikah kali kedua

intan ladyana

Tambah Harris, meskipun  Intan pernah dijangkiti wabak Covid-19 ketika kehamilannya, namun keadaan isterinya itu bersama bayi mereka kini baik-baik sahaja.

“Alhamdulillah, Intan dan bayi kami berada dalam keadaan baik. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan kesejahteraan buat kami,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Harris bakal tampil dengan single terbaru yang terindah dalam hidupnya tidak lama lagi.

Iklan

Menerusi perkongsian sebelum ini, Harris sempat mengambil dan memuat naik sebuah foto bersama isterinya sebelum bersalin.

Pengacara itu juga sempat menitipkan doa agar dipermudahkan segala urusan isterinya bagi menyambut kelahiran bayi pertama mereka.

Iklan

Baca juga Neelofa selamat bersalin, kongsi nama putera sulung

Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada Februari tahun lalu dan perkahwinan pasangan selebriti itu menjadi perbualan netizen disebabkan jurang usia antara mereka agak jauh iaitu 17 tahun.

Tahniah buat Intan dan Harris!