‘Its another hero’. Dayah Bakar kongsi berita gembira baby adik selamat dilahirkan

A
A
A

TARIKH 29 Disember 2023 menjadi detik gembira buat selebriti televisyen, Dayah Bakar apabila selamat melahirkan putera kedua.

Perkongsian di akaun Instagram miliknya memberitahu khabar berita tersebut apabila baby adik selamat dilahirkan pada jam 11.01 pagi, Jumaat lalu.

Dayah atau nama sebenar Nur Hidayah Abu Bakar bersama anak lelaki keduanya dilaporkan dalam keadaan baik.

“Terima kasih untuk semua yang mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kami. Hanya ALLAH mampu membalasnya.

Dayah Bakar

We are overwhelmed with so much love and so grateful for this rezq. Thank you ya ALLAH,” tulisnya.

 

Sebelum ini, ibu kepada Achbar Muhammaf Fahri turut memohon kepada semua supaya mendoakan kesihatan dan keselamatan buat diri dan bayi dalam kandungannya sepanjang proses kelahiran.

Dayah Bakar

Meskipun hanya sekeping foto memegang jari si comel tersebut, hantaran milik penyanyi dan pengacara serba boleh tersebut menerima reaksi gembira ramai rakan artis lain.

Baca juga Tahniah, Dayah Bakar hamil anak kedua, Fahri bakal dapat ‘baby adik’

Baca juga Timang anak lelaki, Dayah Bakar kini bergelar ibu

Antara menitipkan pesanan di ruang komen termasuk penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan ucapan: “MasyaAllah,tabarakallah…mabruk!”

Dayah Bakar

Rakan artis lain seperti Haiza Hanafi, Nabil Mahir, Uyaina Arshad, Sherry Ibrahim dan ramai lagi turut bersyukur dan gembira dengan kelahiran tersebut.

Dayah mendirikan rumah tangga bersama pasangan, Muhammad Hanif Hamidi pada tahun 29 Jun 2018 dan melahirkan anak sulung pada 17 Ogos 2020.

Dayah Bakar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca