TAHNIAH diucapkan kepada pengacara, Dayah Bakar yang baharu sahaja mengumumkan dirinya sedang hamil anak kedua.

Dayah menerusi laman sosial berkongsi momen memberi kejutan kepada suami, Kapten Hanif Hamidi tentang berita gembira itu.

Menerusi video yang dikongsikan, Dayah meminta suaminya menyebut perkataan ‘I am pregnant’ yang dieja.

Baca juga: Puas ajar panggil ibu, gelagat anak bersahaja panggil ‘Dayah’ cuit hati ramai

Bekas pengacara 3R itu mendedahkan usia kandungan dan memohon titipan doa agar kehamilan dan kelahiran berjalan lancar.

“August is a special month for me and Fahri. Dengan rasa rendah diri dan dengan izin ALLAH Fahri will soon jadi baby abang.

“In my second trimester now, Alhamdulillah. Pohon doakan kesihatan dan keselamatan both ibu serta baby. Moga dipermudahkan bersalin kelak. This means the world to us, more than anything else,” tutur Dayah.

Pelantun lagu Lebih Dari Terindah itu menzahirkan penghargaan buat insan yang sentiasa prihatin tentangnya. Malah beliau turut mendoakan agar mereka yang menantikan kehamilan.

Baca juga: Timang anak lelaki, Dayah Bakar kini bergelar ibu

“Terima kasih buat semua yang selalu memandang saya dengan kasih dan mendoakan saya di sepanjang perjalanan. Walau mungkin kita tidak pernah bersua.

“Saya mendoakan untuk kalian yang menantikan zuriat, bakal dikurniakan rezeki di waktu yang paling tepat oleh ALLAH, insya-ALLAH,” titip Dayah.

Iklan

Dayah atau Nur Hidayah Abu Bakar berkahwin dengan suami yang juga merupakan bekas rakan sekelasnya, Muhammad Hanif Hamidi pada 29 Jun 2018.

Hasil daripada perkahwinan itu, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Achbar Muhammad Fahri yang kini berusia tiga tahun.

Ketika melahirkan Fahri, suaminya tidak dapat berada di sisi kerana bertugas di Australia.

Baca juga: Tak ada istilah makan untuk 2 orang, ini cara pemakanan baik ibu hamil

Iklan

Sumber: TikTok Dayah Bakar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang