Jaafar Onn meninggal dunia pada usia 72 tahun

A
A
A

PELAKON Jaafar Onn menghembuskan nafas terakhir pada usia 72 tahun pada jam 11.32 pagi tadi.

Berita duka itu dikongsikan anak saudaranya, Fahmi Aziz menerusi hantaran di media sosial.

"Pakcik saya Jaafar Onn telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi..Doakan roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman," tulisnya.

Menurut anak angkatnya, Mohamad Hanif Hashim Allahyarham disahkan meninggal dunia selepas pihak hospital berusaha sedaya upaya memberikan bantuan pernafasan selepas jantungnya terhenti.

Jenazah Allahyarham bakal dikebumikan di Muar, Johor, pada hari ini.

Baca juga: Wajibkah anak ganti puasa ibu bapa yang sudah meninggal dunia?

Baca juga: Jangan panik, kalut, 10 perkara perlu buat apabila ahli keluarga meninggal dunia

Kesihatan pelakon Cili Padi itu mula merosot sejak sebelum ditahan di wad Hospital Sultan Idris Shah Serdang (HSIS).

Allahyarham difahamkan mengalami pendarahan semasa membuang air besar sejak Julai tahun lalu.

Jaafar dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke zon kritikal di wad kecemasan di hospital berkenaan selepas mengalami pendarahan ketika membuang air besar.

Baca juga: Jaafar Onn sifatkan Rohana sahabat sejati

Baca juga: Sedekahlah walau secawan kopi & Jaafar Onn

Allahyarham berasal dari Muar, Johor dan mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Abdullah Sungai Mati, Muar dan Sekolah Lanjutan St. Andrew Jalan Saleh Muar, Johor.

Merupakan anak ketiga dari tiga orang adik beradik, anak bongsu ini begitu manja dan rapat dengan ibunya, Puan Basahriah Sidin.

Jaafar atau nama penuhnya Jaafar Onn Awang awalnya menyertai sebuah kumpulan tarian dan mengajar memasak dan andaman pada tahun 70-an.

Arwah pernah membintangi filem dan drama popular seperti XX Ray, Suami, Isteri dan .....?, 18 Puasa di Kampong Pisang, Azura dan Sambal.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang! 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca