Dulu duta jenama kini suami, Beymad & influencer bertemu jodoh. 'Ia jadi asbab dan perantara saya serta pasangan'

No Image Caption
A
A
A

PENDAKWAH Ahmad Mohd Yusof atau lebih dikenali sebagai Beymad menjadi perhatian warga maya apabila selamat bergelar suami kepada dengan personaliti media sosial, Nurina Izzayani atau Izz.

Dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang hari ini, Beymad menyerahkan dengan mas kahwin sebanyak RM2,000 kepada pengantin perempuan.

No Image Caption



Menerusi perkongsian di laman sosial PakMat Western, Beymad menzahirkan rasa syukur selepas disatukan dengan isterinya yang dikenali ketika menjadi duta kepada produk makanan sejuk beku tersebut.

"Alhamdulillah, syukur. Terima kasih juga kepada Pak Mat Western yang menjadi asbab dan perantara saya dan pasangan, Izz.

"Terima kasih semua. Saya tak tahu nak cakap apa cuma bersyukur (dengan perkahwinan)," ujarnya.

No Image Caption



Berita gembira itu menerima reaksi positif warganet yang rata-rata menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan yang terbaik untuk pasangan mempelai.

Beliau terdahulu memuat naik satu hantaran di TikTok seolah-olah bayangan tentang majlis perkahwinan dengan memaklumkan beliau ingin 'berehat'.

Artikel Berkaitan:


"Saya akan rehat seminggu dari live (siaran langsung) semua. Harap tak ada yang menunggu. Doakan saya tau," tulisnya pada video.

No Image Caption



Sekadar info, Beymad ialah influencer yang terkenal berkongsi kandungan nasihat, motivasi dan keagamaan di laman sosial TikTok.

Memiliki 1.2 juta follower, beliau juga menjadi tumpuan susulan penyampaian dakwah lembut dan dalam bahasa yang mudah diterima warganet.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang