RAMAI memulakan 2024 dengan pelbagai perkara yang positif termasuk pelakon dan penyanyi, Diana Danielle.

Beliau kini menyambung pelajaran ke peringkat A-Level serentak dengan diploma.

Pelakon berusia 32 tahun itu mendedahkan dirinya memilih jurusan Biokimia dan Psikologi untuk peringkat A-Level manakala Pengurusan Perniagaan untuk diploma.

Pelakon kacukan Malaysia-Amerika Syarikat itu terdahulu mendalami jurusan bioteknologi namun ternyata bidang tersebut bukanlah minatnya.

“Saya mula belajar semula guys, A-level dan diploma sekali. Ada yang mengatakan ia pilihan kurang tepat, tetapi saya menyebutnya ‘thrist trap’ (perangkap) versi pendidikan,” ujarnya.

Menyambung pengajian ke peringkat ke peringkat lebih tinggi, pelakon Imaginur itu menjelaskan beliau memilih bidang baharu yang sesuai dengan minat.

“Dahulu pernah menceburi bidang bioteknologi tetapi saya kurang minat kerana ia adalah permintaan ibu.

“Sekarang saya memilih bidang biokimia dan psikologi untuk meneruskan dalam bidang neurosains manakala diploma pula pengurusan perniagaan untuk memasuki bidang pemasaran.

“Jangan risau, saya boleh menyelesaikannya dalam tempoh masa sendiri. Saya sudah mempunyai kerjaya tetap untuk menyelamatkan diri.

Menurut ibu kepada sepasang cahaya mata itu lagi, beliau akan terus berkongsi tentang kisahnya menjadi pelajar universiti kepada peminatnya.

Diana bakal meneruskan pengajian A-level secara homeschool dengan mengupah private tutor manakala menyambung diploma di INTI International College.

Baca juga: Inspirasi! Tini 3R kini doktor falsafah, genggam PhD Komunikasi

Baca juga: Tahniah! Tomok, Pekin, Aril Pilus genggam ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif UUM, siap selempang emas

Baca juga: Restu ibu mengiringi, Jasmine Suraya pilih berlakon filem Indonesia sebelum sambung pengajian di LA

Melalui perjalanan sebagai pelajar, isteri kesayangan Farid Kamil itu memaklumkan akan menitipkan perkembangan dan pahit manis pengajiannya di platform itu.

“Saya akan berkongsi hari-hari bahagia dan hari-hari buruk menjadi pelajar di sini (laman sosial X) dengan anda semua.

“Feel free to make me feel like I made a mistake But best believe I’m gonna walk my talk,” ujar pemilik nama sebenar Diana Danielle Danny Beeson itu lagi.

Hantaran aktres jelita itu menerima impak positf. Warga maya rata-rata memberikan sokongan dan mengambilnya sebagai inspirasi.

diana danielle

– “This actually gives me motivation.”

– “Steady D. All the best”

– “Reading this and now I feel pump up to pursue my master and Phd!”

– “Tidak ada salahnya untuk belajar di mana-mana peringkat sebagai orang dewasa! Ia menyeronokkan. Saya pun menyambung Master dalam bidang tidak pernag saya pelajari pada usia 30-an.”

– “Happy for you D! Ibu saya pun sambung belajar peringkat ijazah semasa hamil anak kelima. Saya masih ingat lagi peperiksaan akhir ibu beberapa hari selepas bersalin dan dia still hadir mendudukinya.”

Iklan

Baca juga: Tahniah! Tya Ariffin & Dafi berjaya tamatkan pengajian, rai majlis graduasi

Baca juga: ‘This one is for you Tok Pok.’ Anak Azhar Sulaiman, Andika Rees Pahamin genggam ijazah pada usia 21 tahun

Diana mula terjun dalam bidang peragaan, nyanyian dan muncul dalam periklanan pada usia sembilan tahun. Bakat beliau dikesan oleh pelakon Norman Hakim ketika beliau mengunjungi keluarganya ketika.

Anak tunggal kepada Norsiah Ramli itu dan seterusnya muncul bersama filem pertama, Idola pada tahun 2002 di bawah arahan Aziz M Osman.

Watak Diana paling dikenali ialah sebagai Maria dalam drama Air Mata Maria terbitan Skop Productions. Ketika itu Diana hanya berusia 14 tahun namun mampu memainkan peranan berusia 20 tahun.

Beliau juga telah membintangi beberapa drama TV termasuk Gol & Gincu The Series, Farah Syakira dan Di Sebalik Wajah.

Iklan

Untuk rekod, Diana mendirikan rumah tangga pada usia 21 tahun dengan pelakon dan pengarah Farid Kamil.

Pasangan ini berkahwin pada 3 November 2012 di Flamingo By The Lake, Ampang namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam sebelum rujuk pada 31 Ogos 2023.

Diana dan Farid dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Sumber: X ImDianaDanielle

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!