Jual sandwich & nasi lemak, 5 minit sudah sold out, Nina Fazurina terharu sokongan ramai

JIKA sebelum ini, selebriti Faye Kusairi tiada rasa segan atau malu untuk membuka perniagaan menjual nasi ayam tepi jalan.

Terbaharu pelakon, Nina Fazurina dilihat turut mengambil langkah yang serupa.

Menerusi Instagram miliknya, Nina atau nama sebenarnya Siti Fazurina Mohd Famir bersama suaminya berniaga sarapan pagi di BU8 Bandar Utama, Damansara.

Baca juga: Balu Abam Bocey tak duduk diam, kini berniaga untuk meneruskan kelangsungan hidup

“Satu langkah baru untuk tahun 2024. Hari ini genap seminggu kami berniaga dan alhamdulillah orang-orang pejabat di sini dah tahu dan suka dengan breakfast kami.

“Hari ini awal pagi, baru buka gerai 5 minit, nasi lemak dah sold out!” kongsinya lagi.

Baca juga: ‘Saya tak malu jual tepi jalan.’ Faye Kusairi anggap berniaga satu tarbiah, ajar erti bersyukur

Ujar pelakon yang popular menerusi drama Puteri dan Dunia Anita itu, ramai memuji kesedapan sambal nasi lemak yang dimasak oleh adiknya.

Iklan

 

Selain nasi lemak pasangan tersebut turut menjual sandwich menerusi jenama MINOM.

Untuk rekod, Nina dan suaminya, Muhammad Hykal Zulkifli, melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada 20 Disember 2012.

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus.

Iklan

Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!