Justin Bieber mungkin perlu tunggu 6 bulan pulih lumpuh muka, berisiko pekak

A
A
A

JUSTIN Bieber baru-baru ini mengalami jangkitan virus yang menyebabkan separuh mukanya lumpuh. Sindrom Ramsay Hunt yang dialaminya memerlukan masa enam bulan untuk pulih, malah berisiko pekak.

Suami kepada Hailey Rhode Bieber itu malah dikatakan berisiko kehilangan pendengaran atau pekak.

Pakar bedah plastik muka, Pusat Perubatan Mount Sinai, New York City, Dr Josh Rosenberg, memberitahu Daily Mail pesakit sindrom Ramsay Hunt biasanya pulih dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

Baca juga: Justin Bieber lumpuh separuh muka diserang virus, berkelip sebelah mata

Baca juga: Lelaki dedah stroke muka terdedah aircond lama, berikut fakta Bell’s Palsy

Menurut National Organization for Rare Diseases, kira-kira lima daripada 100,000 orang mengalami sindrom Ramsay Hunt di Amerika Syarikat setiap tahun.

Menurut pakar dari Universiti Washington, Dr Nina Lu, Bieber mungkin akan mengambil masa berbulan-bulan untuk pulih.

Pakar dari Universiti Washington,Dr Nina Lu (kiri) dan pakar bedah plastik, Pusat Perubatan Mount Sinai, New York City, Dr Josh Rosenberg

Bagaimanapun, dia menambah kelumpuhan wajah sebelah kanan Bieber tidak mungkin kekal kerana kira-kira tujuh daripada 10 pesakit biasanya pulih sepenuhnya.

Kedua-dua doktor menegaskan, pemulihan mungkin hanya memakan masa beberapa minggu sahaja kerana faktor usia Bieber yang masih muda. Malah diagnosis awal juga membantu.

“Kadangkala pemulihan agak pantas iaitu hanya beberapa minggu namun ada yang mengambil masa berbulan-bulan,” kata Dr Lu.

Baca juga: Justin Bieber berhabis RM5,800 beli dadah dikecam

Dr Lu berkata penghidap sindrom Ramsay Hunt kadangkala mengalami synkinensis iaitu pengecutan tidak terkawal pada otot muka pada.

Malah penghidapnya juga akan mengalami kehilangan pendengaran 'sementara' dan perubahan pada kotak suara.

Seramai 70 peratus pesakit pulih manakala 30 peratus lagi akan mengalami synkinensis separa.

Gejala lain termasuk lumpuh muka, ruam melepuh dan sakit pada muka dan telinga.

Pesakit sindrom tersebut mungkin mengalami tinnitus atau deringan di telinga, bahkan boleh pekak!

Rawatan untuk jangkitan biasanya melibatkan pengambilan ubat antivirus atau steroid.

Baca juga: 5 perkara ibu bapa boleh buat segera jika si manja diserang jangkitan cacar air

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca