"Kalau tahu lagu ketuhanan, adik takkan nyanyi macam ni" - Fedtri
BEBERAPA hari lalu turut panas di laman sosial mengenai nyanyian seorang peserta Vokal Mania.
Persembahan Nuha Bahrin di pentas pada Ahad lalu melantunkan lagu Jamal Abdillah bertajuk Kekasih Awal dan Akhir telah mendapat pelbagai respons netizen.
Turut tampil memberi pandangan, pengacara dan penulis lirik terkenal, Ahmad Fedtri Yahya.
Fedtri dalam posting di Twitter miliknya mengatakan lagu yang dinyanyikan oleh Nuha adalah berunsurkan ketuhanan.
"Kalau adik tahu lagu ni sebenarnya lagu ketuhanan, adik takkan nyanyi macam ni," katanya.
Malah nyanyian Nuha itu juga mendapat perhatian dan kritikan daripada penonton.
Kata mereka;WxFx~ - Menyanyi tapi tak mengkaji lirik untuk beri penghayatan kepada pendengar. Sebab tu gagal penyampaian.
Imtiaz Abu Bakar - Alahai kenapa time korus tu dah macam nak marah... bunyi nasyid rock metal pun ada.
shaf. - Ayah duk kata apa ke teruk sangat nyanyi macam tu... aku tak tengok tapi dengar dengar jugaklah suara memekik dia.
Baca juga Zulyahya buka pasaraya, mahu bantu saudara seagama
@noorhusnaa - Kalau berjuta orang suka tengok kita cover lagu, janganlah rasa boleh pergi jauh. Improve la mana yang kurang.Earl. - Betul. Sama macam lagu-lagu kumpulan XPDC. Hayati makna lagu Titian perjalanan dengan Hentian ini. Even lagu rock pun maksud tersirat banyak.
Walau bagaimanapun, Nuha telah memohon maaf secara terbuka mengenai perkara tersebut menerusi laman Twitter miliknya.
Katanya, dia menyedari persembahannya ketika itu dan berterima kasih kerana memberi nasihat dan teguran serta mohon doa semua agar dia dapat buat yang lebih baik.
Program Vokal Mania yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Azira Shafinaz bersiaran langsung di TV3 setiap Sabtu, jam 9 malam.
Lirik lagu Kekasih Awal Dan Akhir
Malam menanti siang
Siang menanti malam
Bagai berkurun lamanya
Masa memisahkan kita
Hingga ku terlupa
Pada paras lupa
Malam mencari mimpi
Siang mencari erti
Tersingkap seribu makna
Terucap seribu kata
Terlepaslah rahsia
Sekian lama terpisah
Akhirnya bertemu
Mengenang dosa
Mengenang rindu
Dan ternyatalah
Cintaku yang satu
Kau kekasih awal dan akhir
Kau kekasih batin dan zahir
Setelah ku sedari
Cintamu yang abadi
Takku hairan takku peduli
Walau bulan jatuh ke bumi
Dan hadir bidadari
Tak ku mimpikan lagi
Kerana kau lebih mengerti
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang