PERKAHWINAN pelakon Hafidz Roshdi dan wanita pilihannya, Athira Yuhada Abu Bakar Sabtu lalu menjadi perhatian ramai selepas bercerai 20 Februari 2023.

Mengakui Athira sebagai cinta pertamanya, Hafidz menzahirkan rasa syukur diberi peluang bergelar suami sekali lagi.

Dalam hantaran di Instagram, pelakon drama Tundukkan Playboy Itu mengimbau kenangan percintaan mereka sejak di bangku sekolah.

Baca juga: ‘Alhamdulillah’. Kembali bergelar suami, Hafidz Roshdi sah milik Athira Yuhada dengan sekali lafaz

Baca juga: Depresi &bipolar, Hafidz Roshdi ke Hospital Bahagia, tak mengaku salah cedera isteri. 10 info berkaitan

Baca juga: Hamil 10 minggu, catatan isteri Hafidz Roshdi undang air mata, risau tekanan kepada bayi dalam kandungan

Memuat naik video dengan lagu Old Friends dendangan Coldplay sebagai muzik latar, Hafidz berkongsi foto bersama sepanjang perkenalan mereka 14 tahun yang lalu.

“Kami mula berkenalan 2009 masa Form 3. Sekejap je masa berlalu.

“Sekarang sudah 2023, 14 tahun kami kenal,” titipnya.

Antara kompilasi gambar yang dimuat naik ialah foto beramai-ramai bersama rakan sekelas, berpakaian sedondon ungu menghadiri majlis dan dan sedutan sebuah rancangan yang disiarkan di saluran TV2.

Baca juga: Hafidz Roshdi timang anak kedua, 9 September jadi tarikh istimewa

Baca juga: Hafidz Rosdi cerai isteri talak satu

Baca juga: ‘Saham suami orang tinggi, ujian seorang wanita adalah lelaki’- Ustaz Wan Akashah

Kongsi Hafidz, foto-foto berkenaan adalah ketika beliau dan isteri meniti usia remaja 15 hingga 21 tahun iaitu dari tahun 2009 hingga 2015.

Iklan

Istimewa pada slaid terakhir bagi tahun 2023, pelakon berusia 29 tahun itu berkongsi foto berukuran pasport dan berlatar belakang putih dipercayai untuk prosedur perkahwinan baru-baru ini.

Sekadar makluman, Hafidz dan Athira selamat diijabkabulkan dengan hanya sekali lafaz di sebuah dewan acara di Shah Alam.

Aktor itu menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 bersama lima dulang hantaran kepada pengantin perempuan. Pernikahan yang dikongsi Hafidz di IG itu sekali gus menjawab teka-teki hubungan mereka berdua.

Iklan

Untuk rekod, Hafidz pernah mendirikan rumah tangga bersama Nurul Shuhada Mat Shukri pada 30 April 2016 namun sah berpisah pada 27 Julai selepas bekas isterinya itu memfailkan perceraian pada 1 Mac lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 3 tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!