MESKIPUN sudah hampir enam bulan Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia, kehadirannya dalam dunia seni masih segar dalam ingatan.

Persembahan peserta Big Stage 2022, Aisha Retno membawakan lagu Kesetiaan nyanyian asal Allahyarhamah Siti Sarah dengan baik malam tadi telah membuatkan ramai penonton berasa sebak.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Malah kedua-dua juri tetap program tersebut, Ajai dan Datuk Seri Siti Nurhaliza (Tok Ti) juga gagal menahan sebak sehingga dilihat mengalirkan air mata.

Menurut Ajai yang juga merupakan komposer bagi lagu tersebut, persembahan Aisha malam tadi sangat baik.

“Awak mempunyai gaya yang tersendiri, cara awak susun semula dan memang berbeza dari nyanyian asal.

“Tak tahu macam mana saya nak cakap sebab kalau ikutkan memang arwah tiada gantinya cuma kepada generasi kini kenapa tidak? Kita perlu bergerak ke hadapan, awak nyanyi sedap itu je yang saya boleh cakap” ujarnya.

Ajai turut mengambil kesempatan untuk mengetuai bacaan doa dan meminta orang ramai dapat sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.

Dalam pada itu, Tok Ti juga mengakui tidak dapat menahan sebak semasa mendengar Aisha menyampaikan lagu tersebut kerana mengingatkannya kepada arwah.

Lebih-lebih lagi apabila beliau memikirkan personaliti arwah yang sangat baik serta detik arwah yang mengandung pada saat pandemik menjadikan Tok Ti lebih sedih.

Iklan

“Arwah seorang yang sangat baik, kerja keras dan rendah diri. Jadi bila kita dengar lagu itu (Kesetiaan) secara automatik kita macam dengar suara dia, jadi tak boleh fikir dah dengar suara orang lain.

“Tapi dalam penjurian itu, kita faham yang kita menilai penyanyi berbakat besar yang akan meneruskan generasi saya.

Baca juga Rezeki berganda Floor 88, ditaja tunai umrah, bekerjasama adakan konsert

“Saya lebih teringat sebab kedua-kedua kami mengandung dalam keadaan Covid- 19, mungkin ALLAH lebih menyayanginya,” katanya.

Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah Raissudin, 36, menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 5.13 pagi 9 Ogos lalu di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tunku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Allahyarham yang mendirikan rumah tangga bersama Shuib atau Shahmira Muhammad pada tahun 2011.

Iklan

Pasangan itu dikurniakan empat anak iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan berusia 6 bulan.

Sumber: Murai