Kedudukan Sandra dalam Big Stage belum diputuskan

PESERTA Big Stage 2020, Sandra Dianne yang terlibat dalam kemalangan jalanraya Sabtu lalu, dilaporkan masih tidak sedarkan diri dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya.

Berikutan kejadian tersebut, pihak produksi Big Stage 2020 memberikan pengecualian kepada Sandra untuk tidak beraksi pada konsert minggu keempat yang berlangsung malam tadi.

Iklan
Iklan

Menurut Pengurus Astro, Emarina Mohd Kamal, pihak produksi masih lagi menantikan perkembangan terkini daripada pihak hospital berhubung keadaan semasa Sandra.

“Kami amat simpati dengan apa yang terjadi pada Sandra. Ketika ini, pihak hospital memaklumkan dia masih dalam rawatan ICU, kritikal dan belum sedarkan diri.

“Tentang penyertaannya dalam Big Stage, buat masa ini kita berikan pengecualian kepadanya mulai minggu ini sehingga satu tempoh yang akan diumumkan nanti.

“Semuanya bergantung kepada perbincangan yang dilakukan dengan pihak hospital,” ujarnya.

Tambahnya lagi fokus paling utama sekarang adalah untuk memastikan Sandra kembali sembuh.

“Harap semua dapat doakan Sandra sebab dia kini dalam keadaan kritikal. Sekurang-kurangnya dia kembali sedar dan pihak hospital dapat bantu dia untuk pulih seperti sedia kala,” ujar Emarina dalam sidang media yang berlangsung selepas konsert berakhir malam tadi.

Terdahulu Sandra terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) ketika dalam perjalanan menuju ke raptai penuh konsert Big Stage 2020 minggu keempat yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Sabtu lalu.

 

(FOTO: Instagram Sandra Dianne)

Share
Wawann Mohd

Biodata Penulis

Published by
Wawann Mohd

Recent Posts

Rakan baik sahkan Irma Hasmie dan Redza Syah sudah bercerai 6 bulan. ‘Doakan yang baik-baik buat sahabat saya’

TANDA tanya ramai mengenai status perkahwinan pelakon dan pengacara, Irma Hasmie bersama Redza Syah Azmeer…

2 hours ago

Tahniah! Leftenan Muda berbangsa Cina lulus latihan komando, terima beret hijau. 10 kehebatan pasukan Gerup Gerak Khas anda perlu tahu

BARU-baru ini kisah Leftenan Muda Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja menjadi…

15 hours ago

Syafie Naswip kongsi video memasak dengan mak mertua raih pujian. ‘Seronok dapat menantu suka & pandai masak.’

PELAKON Syafie Naswip mencuri perhatian ramai apabila memuat naik video memasak bersama ibu mertuanya. Untuk…

18 hours ago

Azizulhasni terharu terima pingat Darjah Kebesaran Terengganu, penguat semangat berjuang di Sukan Olimpik Paris 2024

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terharu dikurniakan pingat Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota…

21 hours ago

Set western terpaling rahmah, semua sajian harga serendah RM10 jer, siap boleh refill air sampai puas

MANA nak dapat set sajian western dengan harga terpaling rahmah? Semua hidangan dengan porsi berbaloi…

22 hours ago