"Kenapa comel sangat ni geram..."- netizen melting Tok Ti kongsi foto Muhammad Afwa

"Kenapa comel sangat ni geram..."- netizen melting Tok Ti kongsi foto Muhammad Afwa
"Kenapa comel sangat ni geram..."- netizen melting Tok Ti kongsi foto Muhammad Afwa
A
A
A

"MASYAALLAH. Comel sangat Muhammad Afwa ni. Semoga menjadi al-hafiz al-a'rif billah."

"Handsomenya boy Afwa... awal-awal dah ada yang berkenan nak jadi besan Tok Ti."

"Alaaaa bambamnya Afwa sayang ni. Masya-ALLAH comelnya dia!"

"Eeeee kenapa comel sangat ni geramnya."

"Moga Afwa sayang sentiasa dirahmati ALLAH."

Itu antara ungkapan manis yang menghujani ruangan komen media sosial Instagram milik penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin (Tok Ti).

Ia susulan pelantun lagu Jerat Percintaan itu memuat naik sekeping foto anak lelakinya, Muhammad Afwa buat tatapan umum baru-baru ini.

Bawa maksud keampunan atau kemaafan, Muhammad Afwa pilihan hati Tok Ti dan suami

Walaupun baru berusia tiga bulan, aura si kecil tersebut sudah mampu membuat sesiapa sahaja melting apabila memandangnya.

Rata-rata followers Instagram @ctdk termasuk rakan selebriti teruja dan memuji Muhammad Afwa yang memiliki pipi comel.

"Alhamdulillah, sudah tiga bulan anak ibu hari ini Masya-ALLAH, Tabarak-ALLAH.

"Anakku, semoga menjadi anak soleh, penyejuk mata dan hati serta disayangi seluruh makhluk ALLAH di langit dan di bumi. Amin," tulis Tok Ti mengenai puteranya yang dilahirkan pada 18 April lalu.

Baca juga Dokumentari Masjid Al-Ghazali, wakaf ikhlas mangsa tragedi MH17

Setakat artikel ini ditulis foto Muhammad Afwa telah mendapat lebih 291,000 tanda likes dan hampir 4,000 komen.

Direkodkan, Tok Ti menamatkan zaman bujang bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 21 Ogos 2006.

Pasangan tersebut dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah berusia 3 tahun dan Muhammad Afwa.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca