‘Keputusan sama, semoga selesai cepat.’ Sesi JKP gagal, Adira tetap pendirian bercerai dengan Datuk Red

Copy of Copy of gambar portal (62)
Copy of Copy of gambar portal (62)
A
A
A

LAPORAN Jawatankuasa Pendamai (JKP) antara penyanyi terkenal, Adira Suhaimi dengan suaminya, Datuk Seri Adnan Abu yang lebih dikenali sebagai Datuk Red menemui jalan buntu apabila pasangan suami isteri ini tetap dengan pendirian masing-masing.

Memetik Sinar Harian, ketika prosiding permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Umar pada Selasa, Adnan, 42, dimaklumkan tidak akan menceraikan isteri keduanya itu, namun berbeza dengan Adira, 33, yang kekal dengan keputusan untuk berpisah.

Susulan itu, kes mereka akan diteruskan dengan lantikan hakam di mahkamah sama pada 24 April depan.

Baca juga:“Bayangkan ada dua tapi boleh hilang sekelip mata” – Selain Adira, Datuk Red dedah isteri pertama juga mohon cerai, nafi ada pakatan

Sementara itu, peguam syarie, Nor Saidah Zakaria yang mewakili penyanyi lagu 'Ilusi' selaku plaintif berkata, laporan berkenaan diterima berdasarkan sesi JKP telah dibuat di Pejabat Agama Islam, Gombak pada 1 Februari lalu.

Katanya, mahkamah menerima laporan terbabit maka tiada keperluan untuk mengadakan sesi JKP kedua.

"Mahkamah turut mengesahkan berlaku 'syiqaq' (perkelahian berpanjangan) antara pasangan terbabit.

Baca juga:4 kali bersalin czer, Adira Suhaimi bukan suka-suka ikat peranakan, 8 info wanita perlu tahu

"Mahkamah kemudian menetapkan bulan depan untuk ke peringkat hakam," katanya.

Dalam pada itu, Adira menerusi video yang dikongsikan di media sosial sebelum memasuki ke mahkamah, menegaskan keputusannya tetap sama.

Beliau juga berharap urusan perceraian tersebut berjalan lancar dan segera diselesaikan.

“Semoga yang baik-baik sajalah, cepat settle,” katanya.

Baca juga:4 kali bersalin czer, Adira Suhaimi bukan suka-suka ikat peranakan, 8 info wanita perlu tahu

Sementara itu, peguam syarie, Muhammad Akmal Amzan yang mewakili Adnan selaku defenden mengesahkan, pasangan itu gagal mencapai kata sepakat untuk berdamai.

"Tiada kefahaman antara pihak-pihak namun mereka masih berkomunikasi dan menunaikan tangungjawab seperti biasa," katanya.

Pada 25 Oktober 2023, Adira memfailkan penceraian kerana mendakwa tiada lagi persefahaman dalam perkahwinannya.

Bagaimanapun, Adnan tidak bersetuju dengan permohonan dibuat isteri keduanya itu dan ingin menyelamatkan rumah tangga mereka.

Untuk rekod, Adira memfailkan permohonan cerai terhadap Adnan di mahkamah sama pada 1 April 2019 namun menarik semula permohonan itu bagi memberi peluang kedua kepada suami selain cuba berbaik demi anak-anak.

Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun manakala perkahwinan Adnan bersama isteri pertama iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim, mereka dikurniakan lima cahaya mata.

Sumber: Wartawan SH, Noor Azlida Alimin

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca