TULAR di laman sosial TikTok seorang wanita tersenyum menjadi isteri ketiga diapit isteri pertama dan kedua hingga menerima 9.5 juta tontonan.

Pengantin dalam video perkahwinan poligami di negara jiran, Indonesia ini menjadi perhatian ramai.

Pelik tetapi benar, lazimnya agak sukar bagi lelaki berpoligami untuk hidup harmoni dan para wanita menerima madunya dengan tangan yang terbuka.

Tetapi wanita bernama Alqia Zahra, 20, ini cukup bertuah kerana mempunyai kakak-kakak madu yang baik hati.

 

Baca juga: Benarkan suami kahwin lagi, isteri pertama aman tinggal bersama 7 madu

Menurut Wolipop, perkenalan singkat dengan suaminya pada 6 Disember 2022 membawa ke jenjang pelamin pada 18 Januari 2023.

“Secara tidak sengaja terjumpa, kebetulan suami kenal ayah saya. Mula-mula dia bergurau nak jadikan saya yang ketiga, tapi memang serius dan jodoh dia macam tu,” ujar wanita itu yang mendedahkan merancang perkahwinan selepas pertama kali bertemu.

Lebih menarik lagi akad nikah dan resepsi pernikahan yang berlangsung di Curug, Tangerang, Banten turut dihadiri isteri pertama dan kedua.

Wanita yang mesra dipanggil Qia itu mendedahkan hubungan dengan kedua-dua madunya mesra dan harmoni.

“Alhamdulillah, semuanya baik-baik saja, semuanya memang penyabar. Lagipun kakak yang pertama, tak tahulah hati dia dibuat apa, sabar macam tu.

“Dan kakak madu kedua pun sama walaupun mengandung tapi masih bersabar, semua baik-baik, Alhamdulillah. Mereka orang yang hebat,” kata Qia.

Baca juga: Tiada istilah payung emas untuk wanita bermadu, poligami boleh jadi harus, sunat, haram

Biarpun perkenalan singkat dengan suaminya, Qia bersyukur kerana suaminya tidak menyembunyikan perihal sudah beristeri.

“Saya dan suami hanya bertemu sekali terus memperkenalkan kepada ‘kakak-kakak’ dan kemudian segera melamar. Tetapi daripada perkenalan itu, kami sering keluar bersama,” kata Qia.

Qia mengakui keputusannya untuk berkahwin dan menjadi isteri ketiga telah menimbulkan konflik dalam keluarga. Setelah bermuhasabah, ibu bapa akhirnya merestui.

“Ibu bapa saya tidak memaksa saya untuk berkahwin dengan suami, malah pada mulanya ada konflik. Kerana saya bercakap jujur, ibu bapa hanya mampu berdoa asalkan kedua-dua isterinya memberi restu dan mahu datang ke rumah ayah untuk memohon restu.

“Dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan izin ALLAH,” tambahnya,” katanya panjang lebar.

Baca juga: Minta izin sendiri isteri pertama, Zarina Zainuddin dedah adab kahwin suami orang

Qia mendedahkan ketiga-tiga isteri tidak tinggal sebumbung dan mempunyai rumah sendiri.

Isteri kedua, Lutvi Seftia Rahmat mengakui memberi keizinan kepada suaminya untuk berkahwin semula.

Kredit foto: TikTok @seftiani.19

“Saya benarkan suami saya kahwin lagi. Saya tak larang, asalkan sayang isteri pertama, isteri kedua terutama anak-anak. Memandangkan isteri pertama sudah ada anak, jangan sesekali pilih kasih.

“Kalau begitu, satu hari nanti awak akan dapat zuriat, saya kena sayangkan dengan cara yang sama, walaupun bukan darah kandung. Kerana itu takdir, saya tidak akan menghalang,” kata Seftia.

Wanita berusia 21 tahun ini pada mulanya mengakui terkejut apabila suami memberitahu mahu berkahwin buat kali ketiga. Lebih-lebih dalam keadaan dirinya yang sedang hamil.

“Sayamengandung enam bulan anak sulung. Isteri pertamanya mempunyai tiga orang anak.

“Ya, pada mulanya saya memang terkejut. Tiga kali suami meminta izin akhirnya saya benarkan. Dengan suami, alhamdulillah saya sihat,” kata Seftia.

Baca juga: Suami bukan spesies lelaki gatal, Nurulhidayah tiada istilah cemburu hidup bermadu

Seftia mendedahkan dia pertama kali bertemu suaminya di Cianjur. Biarpun sejak awal lelaki itu mengaku sudah mempunyai isteri dan anak, Seftia sanggup menjadi isteri kedua.

Iklan

Wanita itu pertama kali bertemu suaminya pada 28 April 2021 dan bernikah pada 24 Januari 2022.

Selama setahun suaminya berpoligami, Seftia mendedahkan hubungannya dengan isteri pertamanya baik-baik saja. Moga berbahagia hendaknya pasangan ini.

Baca juga: Lelaki kahwin dua, sanding serentak, isterinya sama cantik

Kredit foto: Pixabay

Untuk info, poligami terdiri daripada tiga hukum iaitu makruh, sunat dan haram.

Poligami makruh apabila berpoligami dilakukan hanya sekadar untuk berseronok- seronok sedangkan suami sendiri ragu akan kemampuan dirinya untuk berlaku adil terhadap isteri- isteri daripada sudut nafkah zahir dan batin. Ini kerana poligami itu bukan kerana keperluan dan boleh jadi kesan daripada perkahwinan itu akan memberikan kemudaratan kepada isteri-isterinya disebabkan kerana tidak mampu berlaku adil terhadap mereka.

Poligami sunat hukumnya apabila suami memerlukan isteri yang lain misalnya bagi mendapatkan zuriat kerana isteri yang pertama tidak boleh melahirkan anak atau sakit atau suami mempunyai keinginan yang amat kuat sehingga isteri seorang tidak mampu untuk melayaninya. Suami juga berkeyakinan, mampu berlaku adil terhadap isteri- isteri zahir dan batin. Maka ketika ini tiada halangan baginya untuk berpoligami kerana mempunyai kebaikan dan maslahat syarak.

Poligami menjadi haram jika lelaki ingin berpoligami merasa ‘zhan’ atau yakin tidak mampu berlaku adil terhadap isteri-isterinya. Boleh jadi kerana kemiskinan, kelemahanya atau dia tidak yakin dapat mengawal kecenderungan dan sifat prejudis. Hukum poligami pada ketika ini ialah haram kerana ia akan memberi kemudaratan kepada orang lain.

Baca juga: Suami mahu berpoligami tak perlu kebenaran isteri pertama? Ini penjelasan peguam

Kredit foto: Pixabay

Berikut adalah tanggungjawab suami dalam perkahwinan poligami:

  1. Membatasi jumlah isteri yang akan dikahwininya.

2. Diharamkan bagi suami mengumpulkan wanita-wanita yang masih ada tali persaudaraan menjadi isterinya.

Iklan

3. Disyaratkan pula berlaku adil terhadap dirinya sendiri dan para isteri.

4. Adil memberikan nafkah zahir ( makan minum, pakaian, tempat tinggal termasuk alat solek, pengangkutan, kesihatan, pendidikan dan lain-lain keperluan) dan nafkah batin

5. Adil dalam giliran.

6. Keadilan dalam memberikan kasih sayang

7. Memberi perlindungan, pemeliharaan dan kasih sayang yang adil terhadap anak-anak iaitu tidak menimbulkan huru-hara atau masalah (dharar syarie) dalam kalangan isteri mahupun anak-anak dan berkuasa menanggung nafkah.

Manakala isteri dalam poligami mempunyai hak untuk memiliki rumah sendiri dan mendapat hak giliran yang sama.

Baca juga: Rakan baik jadi madu, lelaki 17 tahun miliki dua isteri serentak

Sumber: Wolipop, JAIS

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi