“LAMBAIAN adalah sebuah lagu penghormatan buat arwah kak Nin (Allahyarhamah Noraznin Yusuf).”

Lagu ini dicipta oleh Chevy Amry, manakala liriknya dipena oleh Kak Chah@Datuk Habsah Hassan. Lagu ini telah dirakamkan dengan nyanyian Dato’ Hattan.

Kid Search sebak ketika membaca lirik Lambaian nukilan Kak Chah. Ia kerana setiap bait lirik itu sangat relevan dgn situasinya ketika itu yang sedang diuji dengan penyakit kanser isteri kesayangannya. Namun, dia amat meminati lagu ini yang baginya kuat dari sudut melodi vokal & susunan muzik.

Lagu ini mempunyai “sentimental value” bagi Kid Search, kerana setiap kali mendengar lagu Lambaian, Kid Search akan sebak terbayangkan arwah kak Nin.

Bayangkan, dikala kesibukan Kid Search berulang-alik ke HUKM setiap hari, beliau masih sempat menyiapkan rakaman gitar lagu Lambaian.

Namun, dalam beberapa jam selepas itu, dia dikejutkan dengan berita kematian arwah kak Nin pada waktu Subuh keesokannya.

Arwah Kak Nin sempat mendengar demo lagu Lambaian beberapa hari sebelum pemergiannya.

Sebagai pendokong kuat karier suaminya, Arwah dengan sendirinya tahu itu adalah petikan gitar Kid Search dan sangat menyukai lagu ini.

Baca juga “Netflix hendak beli Mat Kilau 7 juta.” – Syamsul Yusof

KUMPULAN SEARCH
Search kini dibarisi Noordin (gitar), Kid (gitar), Yan (bass), Minn (dram) dan penyanyi baru mereka dari Indonesia, Denden Gonjalez.

Pada suatu malam ketika dalam kesedihan merindukan Kak Nin, Kid Search secara spontan (dengan mata terpejam) telah merakamkan versi instrumental Lambaian. Note note yang terhasil itu adalah ikhlas dari jiwanya.

Ramai yg tersentuh dan menangis ketika mendengar Kid Search memainkan lagu instrumental Lambaian secara Live di Rooftop Campbell ketika sesi soundcheck 10 June 2022: (https://www.youtube.com/watch?v=WNOs2...)

Iklan

Ini membuktikan bahawa Kid Search adalah gitaris yang penuh jiwa, ikhlas dalam berkarya.

Kita semua dalam mengalaminya, pabila setiap solo2 Kid Search seolah-olah ada cerita yang ingin disampaikan dan menusuk ke jiwa pendengar.

Sama-sama kita mendoakan semoga arwah Kak Nin sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.”

Muzik Video Rasmi lagu Dato’ Hattan telah dirilis dan boleh ditonton di youtube channel Ada Exists Sdn Bhd, manakala muzik video Kid Search-Lambaian(Instrumental) boleh ditonton di youtube channel BigKidd Official.

Iklan

Title: Lambaian (Instrumental)
Artist: Kid SEARCH
Producer: Chevy Amry
Arranger: Firdaus Mahmud
Mixing: Zairi Ariffin
Mastering: CL Toh
Venue: RoofTop Campbell Shopping Complex, Kuala Lumpur
Videographer: Risy & Abas (Photoclique Studio), Basri
Editor: Feisal Kassim

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.