Lebam, bernanah, bergantung ubat tahan sakit, Kamal Adli nasihat jaga keselamatan.' Tak tahu siapa suka atau benci kita.'

A
A
A

LEBAM dan bernanah, pelakon dan pengacara Kamal Adli yang terlibat dalam serangan oleh individu menggunakan cota besi di Jualan Mega Hari Raya 2023 ,Singapore Expo baru-baru ini memuat naik khabar dirinya.

Susulan kecederaan pada beberapa bahagian badan, Juara Hero Remaja 2007/2008 itu kini sedang menggunakan ubat penahan sakit.

Baca juga: Dipukul cota besi Kamal Adli cedera kepala hingga ditidurkan, Uqasha trauma dedah pelaku warga Singapura dan siuman

"Alhamdulillah alhamdulillah amin. Kamal semakin stabil tapi masih under medication untuk tahan sakit dan nanah dan lebam lebam pada badan dan dijaga isteri.

"Terima kasih atas doa kalian especially artis-artis di booth dan juga orang-orang Malaysia, Singapura yang tolong Kamal,"titipnya.

Selepas serangan pada Ahad lalu, pelakon Blok 404 dan Black itu menitipkan nasihat agar sentiasa mengutamakan keselamatan. Kamal juga menyuarakan trauma yang dialami isteri, Uqasha Senrose.

Enggan hubungan muhibah Malaysia-Singapura keruh selepas insiden serangan, beliau memohon agar warganet tidak berbalah.

"Cuma Kamal harap semua orang tolong jaga keselamatan kerana kita tak tahu siapa suka atau benci kita. Doakan untuk isteri saya yang masih trauma pasal isu ini. Saya sayang isteri saya.

"Yang ketuk saya seorang sahaja, bukan satu Singapura. Jangan gaduh-gaduh," titipnya.

Baca juga: 'Kalau pukul bawah sikit memang dah tak ada.'- Ini senjata suspek serang Kamal Adli, Uqasha rahsiakan lokasi demi keselamatan

Dalam perkembangan terbaru, lelaki berusia 33 tahun yang menyerang Kamal akan direman dua minggu bagi menjalani ujian psikiatri.

Hakim Daerah Terence Tay memaklumkan tertuduh akan direman di Institut Kesihatan Mental selama dua minggu bagi menjalani penilaian psikiatri.

Lelaki itu didakwa di Mahkamah Negeri Singapura pada kerana "terlibat dalam kes menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya". Senjata iaitu cota besi telah dirampas sebagai bahan bukti.

Sebutan semula kes itu akan dibuat pada 28 Mac.

Baca juga: Sasaran baharu Kamal Adli

Sumber: Instagram Kamal Adli, Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca