JUMAAT lalu, pelakon, Ieda Moin dimasukkan ke sebuah pusat perubatan Kuala Lumpur akibat tekanan darah tinggi.

Ieda atau nama sebenarnya Siti Haida Abdul Moin, 43, berkata, dia membuat pemeriksaan kesihatan selepas berasa tidak sihat.

Menerusi laporan portal hiburan tempatan, artis versatil itu berkata badannya berasa tidak selesa dan kebas di beberapa anggota tubuh lain sehari sebelum dimasukkan ke wad.

Ujarnya pada malam Khamis lalu, dia merasa tidak selesa dan kebas dekat tangan, muka serta bibir. Badan terasa kebas bila mahu bergerak.

Bicaranya lanjut, ketika ingin tidur pada malam itu, dia mengalami kesukaran untuk telan air liur. Lidahnya seperti keras dan ditarik dari dalam sehingga mengganggu pernafasan.

Dalam pada itu, perasaan berdebar secara tiba-tiba juga datang dan membuatkan dirinya makin tidak selesa.

Justeru itu, dia membuat keputusan untuk merujuk kepada pegawai perubatan bagi pemeriksaan kesihatan yang lebih terperinci.

Baca juga Neelofa impi ikut PU Riz sambung belajar, dalami Bahasa Arab

Namun dirinya amat terkejut apabila bacaan darah tinggi yang diambil ketika sampai di hospital itu amat tinggi mencecah 196.

Ceritanya, dia dibawa terus ke ‘red zone’ dan diberikan ubat. Namun selepas dimasukkan ubat, bacaan darahnya masih tidak menurun sehinggakan dirujuk doktor pakar dan disahkan dia menghidap penyakit darah tinggi.

Kata Ieda, ketika itu dia seakan tidak dapat menerima kenyataan itu kerana dia mengamalkan gaya hidup sihat dan jaga pemakanan, tetapi terpaksa terima yang dia ada penyakit itu sebab doktor lebih mengetahui.

Justeru, pihak hospital menasihati Ieda untuk berehat di wad untuk tempoh beberapa hari bagi memantau keadaannya sehingga kembali pulih dan khabarnya dibenarkan pulang semalam.

Doktor juga menitipkan pesanan kepada Ieda agar membuat pemeriksaaan lanjut dan sentiasa menitik beratkan kesihatannya.

Semoga Ieda Moin kembali pulih dan sihat seperti sedia kala.

Baca juga Saya dah makin sihat dan dibenarkan keluar dari hospital – Jasmin Hamid

Alat tekanan darah

Iklan

Sementara itu, ini simptom awal darah tinggi;

1. Bacaan tekanan darah anda melebihi bacaan normal.

2. Penglihatan anda semakin kabur.

3. Pening dan merasa tidak seimbang, sakit kepala.

4. Mual dan muntah.

Iklan

5. Kesukaran untuk kencing

6. Jantung berdebar, sesak nafas.

Hati-hati jika anda mengalami simptom darah tinggi ini teruslah mendapatkan rawatan doktor kerana ia amat bahaya dan boleh membawa maut.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI