Masih berhubung baik, Neelofa umum tidak lagi bersama Swarovski

A
A
A

SWAROVSKI, jenama aksesori mewah membuat satu ciapan di laman Twitter memaklumkan pihaknya sudah tidak lagi bekerjasama dengan usahawan, pelakon dan pengacara popular Neelofa.

Ciapan berkenaan adalah respon kepada seorang pengguna Twitter @azba95 yang bertanya perihal status Neelofa sebagai duta jenama antarabangsa itu setelah dilantik sejak tahun 2017. Bagaimana pun ciapan berkenaan dipadamkan.

 

Neelofa hari ini membuat kenyataan di Twitter bahawa dia tidak lagi bersama Swarovski. Malah kontrak dengan jenama antarabangsa itu telah pun tamat pada Disember 2020. Namun dia dah Swarovski masih berhubung baik.

Pada majlis perkahwinannya 27 MAc lalu, Neelofa telah memakai persalinan baju nikah yang dihiasi lebih 5,000 kristal kecil Swarovski. Selain memperolehi tajaan daripada jenama mewah ini untuk dalam bentuk bingkisan cenderahati kepada para tetamu yang hadir.

Aretikel berkaitan: Peguam Neelofa Hubungi Abang Burger, Mahu Bantu Langsai Kompaun RM50k

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca