PELAKON dan pengacara Neelofa terkenal dengan sifat pemurah dan suka membantu. Terkini, isteri kepada PU Riz ini memaklumkan akan membantu peniaga burger yang dikompaun RM50k.

Hal ini bermula daripada perkongsian gambar burger dengan tulisan ‘moreh burger malam ni meh’ di Instastory miliknya. Namun tidak lama kemudian story itu dipadamkan.

Artikel berkaitan: Pegawai Ikut Undang-Undang, Bukan Sesuka Hati. Langgar Ordinan Darurat Punca Peniaga Burger Dikompaun RM50k

Ramai salah anggap

Menerusi Instastory yang terbaru, Neelofa memaklumkan tentang tujuannya berkongsi gambar tersebut sekali gus menjawab persoalan dan sangkaan warganet terhadapnya.

“Ya Allah, ramainya salah sanggap dan bersangka tak baik…before I posted the photo, my lawyer has contacted abang burger tu and we have also contacted pihak polis untuk tanyakan details tentang jumlah kompaun dia sebab saya minta untuk bantu selesaikan bayarannya dengan izin Allah. Salam.

Kelebihan menolong orang dalam kesusahan

Neelofa juga turut memaparkan hadis mengenai kelebihan seseorang membantu orang lain.

Rasulullah SAW menjelaskan kelebihan menolong orang lain yang dalam kesusahan, maksudnya;

“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis Riwayat Muslim).

Neelofa juga turut berkongsi rakam layar perbualannya dengan seseorang untuk membantu menyelesaikan kompaun yang dikenakan ke atas peniaga burger berkenaan.

Iklan

Artikel berkaitan: Perlu Bayar 5 Hari Sebelum Raya, Caprice Buat Tabung Bantu ‘Abang Burger’ Dikompaun RM50k

Para follower Neelofa turut memberikan sokongan dan kata-kata positif atas niat baik ahli perniagaan wanita ini.

Iklan

 

Syabas buat Neelofa yang sering membantu mereka yang sedang memerlukan. Diharapkan ia akan menjadi contoh buat usahawan dan selebriti lain.

Sumber: Lofa Page