Masuk kelas tarian, Sarah Suhairi mahu beri kelainan

LEBIH tiga tahun membina nama dalam industri seni, penyanyi Sarah Suhairi mengakui bukan mudah untuk terus bertahan jika tidak disertai dengan usaha berterusan dalam menghasilkan karya terbaik.

Malah menurut Sarah, 21, setiap hari dia belajar perkara baharu dan menggunakan peluang yang ada dengan sebaiknya untuk menimba pengalaman dan menjadikan dirinya lebih baik daripada sebelumnya.

Begitu jugalah dilakukan dalam penghasilan single solo terbaharunya, Mungkin yang bakal menemui peminat pada Februari depan.

Lagu hasil ciptaan rakan baiknya, Ariff Bahran itu telahpun siap dirakamkan baru-baru ini. Malah Sarah juga baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk muzik video lagu itu sebelum pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan.

“Alhamdulillah sebelum PKP 2.0 dilaksanakan, saya sempat menyiapkan single solo terbaharu dan muzik videonya sekali.

Iklan
Iklan

“Ramai yang tanya bila nak buat single solo kerana dua lagu saya sebelum ini tampil secara duet dengan penyanyi lain.

“Sebenarnya bukan sahaja peminat teruja, saya juga merasa perkara sama kerana mahu memastikan single ini nanti dapat diterima ramai,” ujar Sarah kepada SinarPlus.

Berkongsi tentang kesungguhannya memberikan yang terbaik dalam lagu dan muzik video lagu itu, kata Sarah, dia turut mengikuti kelas tarian semata-mata mahu memberikan hasil diinginkan.

“Saya memang tidak tahu menari dan tidak ada asas langsung dalam tarian. Jadi apabila muzik video saya ada menampilkan elemen itu, saya sanggup masuk kelas tarian untuk memastikan babak itu nampak cantik dan menarik.

“Saya tidak percayakan gimik atau apa sahaja ‘drama’ yang dilakukan untuk menarik perhatian pendengar mengikuti sesebuah lagu itu, kerana saya percaya lagu yang baik tidak perlukan semua itu.

“Cuma apa yang penting bagi saya adalah untuk memastikan setiap lagu atau muzik video dihasilkan itu ada kelainan atau pembaharuan yang boleh menarik orang untuk mendengar lagu itu,” akuinya.

Dalam pada itu, bekas juara Big Stage musim pertama itu juga mengakui kini sedang berjinak-jinak dalam bidang penciptaan lagu.

Terinspirasi dengan rakan-rakannya yang kini aktif dalam bidang itu, kata Sarah, dia hanya ingin mencuba sesuatu yang baharu, sekali gus mempelajari selok-belok dalam penghasilan lagu.

“Saya baru mencuba dan sedar bukan senang nak buat lagu di mana banyak perkara yang harus kita belajar.

“Buat masa ini lagu ciptaan saya itu hanya untuk simpanan sendiri dahulu dan banyak penambahbaikkan yang sedang saya usahakan untuk itu.

“Apa yang penting, kita berani mencuba buat benda baharu,” katanya Sarah.

Bantu adik-adik belajar secara atas talian

Biarpun banyak urusan dan aktiviti seninya yang tertangguh kerana PKP, Sarah akur dengan situasi terkini perkembangan Covid-19 yang kritikal.

Menggunakan sebaiknya masa di rumah bersama keluarga, Sarah mengakui PKP fasa kedua itu memberikan pengalaman berbeza buat dirinya.

“Kalau PKP sebelum ini, ramai tak tertekan dan tak tahu nak buat apa di rumah. Tapi kali ini kita dah dapat sesuaikan diri dan sedar banyak benda yang boleh dilakukan sepanjang berada di rumah.

“Sepanjang PKP kali ini, saya banyak membantu ibu bapa untuk memantau adik-adik saya yang terlibat dengan kelas secara atas talian.

“Sementara tidak terlibat dengan aktiviti di luar, dapatlah saya gunakan masa itu untuk bantu mereka belajar, terutamanya adik saya yang berada di tahun lima yang belum begitu selesa dengan kaedah pembelajaran secara atas talian,” katanya.

Mengakui risau dengan pertambahan kes positif Covid-19 saban hari, Sarah menasihati orang ramai agar sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) biarpun berada dalam kalangan orang-orang yang dikenali.

“Walaupun kita selalu cakap tentang SOP, ramai yang masih lagi ambil mudah dan dan mengamalkannya pada waktu dan ketika tertentu sahaja.

“Jadi dalam keadaan kes yang semakin tinggi ini, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa mengingatkan antara satu sama lain agar menjaga SOP setiap masa,” akhiri Sarah.

 

(FOTO: Instagram Sarah Suhairi)

Share
Wawann Mohd

Biodata Penulis

Published by
Wawann Mohd

Recent Posts

Rakan baik sahkan Irma Hasmie dan Redza Syah sudah bercerai 6 bulan. ‘Doakan yang baik-baik buat sahabat saya’

TANDA tanya ramai mengenai status perkahwinan pelakon dan pengacara, Irma Hasmie bersama Redza Syah Azmeer…

5 hours ago

Tahniah! Leftenan Muda berbangsa Cina lulus latihan komando, terima beret hijau. 10 kehebatan pasukan Gerup Gerak Khas anda perlu tahu

BARU-baru ini kisah Leftenan Muda Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja menjadi…

17 hours ago

Syafie Naswip kongsi video memasak dengan mak mertua raih pujian. ‘Seronok dapat menantu suka & pandai masak.’

PELAKON Syafie Naswip mencuri perhatian ramai apabila memuat naik video memasak bersama ibu mertuanya. Untuk…

20 hours ago

Azizulhasni terharu terima pingat Darjah Kebesaran Terengganu, penguat semangat berjuang di Sukan Olimpik Paris 2024

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terharu dikurniakan pingat Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota…

24 hours ago

Set western terpaling rahmah, semua sajian harga serendah RM10 jer, siap boleh refill air sampai puas

MANA nak dapat set sajian western dengan harga terpaling rahmah? Semua hidangan dengan porsi berbaloi…

1 day ago