KEPUTUSAN membuka hijab dan penceraian pelakon dan pempengaruh media sosial, Mawar Rashid sebelum ini mengejutkan banyak pihak.

Beliau memaklumkan telah bercerai dengan Raf Yaakob disebabkan tiada persefahaman lagi.

Pun demikian beliau, enggan mengulas lanjut berkenaan isu tersebut dan mengambil pendekatan untuk menutup rapat daripada bercerita kisah peribadi kepada umum.

Pemilik nama sebenar Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid itu hanya mendedahkan mengalami masalah kesihatan mental.

Enggan terus dibayangi kisah lalu, wanita berusia 28 tahun itu menyifatkan kehidupan baharunya kini ibarat gelas kosong.

Baca ni Tiada persefahaman, Mawar Rashid & Raf Yaakob berpisah

mawar

“Saya anggap ini (kehidupan) fasa baharu dalam hidup saya. Walaupun ada dugaan, saya kini lebih gembira,“ katanya.

Mawar berkata demikian ketika ditemui media usai majlis doa selamat dan sidang media pengumuman filem terbaru lakonannya, Jangan Pandang Belakang 2, di di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Tegas bekas peserta Dewi Remaja 2014/2015 itu, dia enggan mengulas apa-apa berkaitan hal peribadi kerana tidak mahu menjejaskan emosi anak-anak iaitu Raden Muhammad Rafael, 5, dan Raden Seri Rosabella Cinta, 3, dan Raden Sri Riyanna Sayang, setahun.

“Nanti bila besar, mereka akan baca perkara yang tidak sepatutnya,“ jelasnya.

Baca lagi Kongsi foto berhijab, padam hantaran free hair, ramai doakan Mawar Rashid

SERANGAN PANIK

Untuk rekod, pasangan tersebut disatukan sebagai suami isteri pada 9 November 2017 dan mengumumkan perceraian mereka pada November tahun lalu.

Ditebak mengenai tahap kesihatannya kini, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan yang mempunyai darah campuran Melayu dan Siam ini memaklumkan berada dalam keadaan stabil dan tidak lagi mengalami isu serangan panik.

Mawar rashid

“Saya tidaklah berada dalam keadaan benar-benar okey, tetapi saya gembira. Malah, saya percaya masa akan menyembuhkan segala-galanya.

“Fokus saya sekarang adalah kepada apa yang terbaik untuk mental, karier sebab saya nak kena jaga anak-anak juga,“ ujarnya yang sudah menyelesaikan isu penjagaan anak dengan bekas suami termasuk pada musim perayaan tidak lama lagi.

Tambah empunya diri, anak-anak juga masih terlalu kecil untuk memahami apa yang berlaku, tetapi dalam masa sama tidak terjejas dengan perceraiannya.

 

“Anak perempuan saya memang rapat dengan bekas suami. Jadi adakalanya bila merengek mahukan ayahnya, saya akan beritahu dia yang ayahnya kerja dan ajak dia telefon sahaja.

Iklan

“Bagaimanapun situasi itu jarang berlaku, sejak kami bercerai, baru dua kali sahaja dia berbuat demikian.

“Setakat ini, hari biasa anak-anak akan tinggal dengan saya dan hujung minggu akan bersama ayah mereka,“ jelasnya.

Baca juga Usai berpisah, Raf Yaacob minta masa jawab persoalan. ‘Everything gonna be just fine’

KEMBALI AKTIF

mawar

Menyentuh mengenai karier seni, tuan punya badan memberitahu teruja apabila dilamar sebagai sebahagian bintang filem Jangan Pandang Belakang 2 yang merupakan kesinambungan daripada naskhah pecah panggung Jangan Pandang Belakang pada tahun 2007.

Bakal membawakan watak sebagai jururawat bernama Mona, Mawar berterima kasih kepada syarikat penerbitan itu dan pengarah, Pierre Andre yang memberikan bimbingan sewajarnya untuk menjayakan filem tersebut.

Iklan

“MIG ada sediakan kelas lakonan dan Abang Pierre juga memberikan beberapa rujukan filem untuk saya dalami watak Mona.

“Saya memang teruja untuk terlibat sama dalam filem ini kerana kita tahu bagaimana filem yang pertama telah menjadi fenomena,“ katanya yang mengakui takut dan tidak gemar menonton naskhah seram.

Sebelum mengakhiri perbualan, Mawar mengakui dirinya bersedia untuk kembali aktif dalam bidang seni dan menerima apa sahaja tawaran yang bersesuaian.

Sumber gambar: Instagram mawarashid

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!