'Memang saya ajar Johan buat kerja rumah bersama.'- Ozlyn harap para suami hargai pengorbanan isteri

A
A
A

HIDUP berumah tangga perlulah saling tolong menolong antara satu sama lain. Tidak boleh hanya mengharap pada satu pihak sahaja untuk menguruskan rumah tangga. Soal mendidik anak-anak juga perlu dilakukan bersama bukan hanya tugas seorang isteri dan ibu sahaja.

Bagi pelakon Ozlyn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail isteri kesayangan kepada pelawak dan juga penyampai radio, Johan, menguruskan kerja-kerja rumah dan anak-anak perlu dilakukan bersama suaminya. Malah beliau telah ‘melatih’ suaminya untuk mahir melakukan kerja-kerja rumah termasuk mengajar anak-anak.

Baca juga: Lepas Chantiq, Moleiq, Uniknya Nama Anak Keenam Johan dan Ozlynn

 

Dalam satu hantaran di Instagram, Ozlyn berkongsi tentang gaya hidup beliau dan suaminya melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, mengemas rumah dan menguruskan anak-anak. Mereka membuat pembahagian kerja agar sama-sama agar segala urusan rumah tangga dapat dilakukan dengan teratur.

“Mi goreng ini bekal sekolah untuk anak-anak. Letak telur dadar kerana anak-anak tidak suka telur mata. Sudah dua hari papa terlantar kerana kurang sihat. Selepas sihat nanti papa ambil semula semua tugas mencuci bilik air, membersihkan bilik, mengemas katil, mengajar anak-anak mengaji dan solat berjemaah bersama-sama,” tulisnya.

Ozlyn kerap berkongsi tentang tip rumah tangga dan mendidik anak-anak. Beliau sangat menekankan kerjasama suami isteri. Jelas beliau, suami isteri perlu bersikap tolak ansur dan saling tolong menolong antara satu sama lain.

Baca juga: Ozlyn titip doa anak sulung sambung belajar di Ireland, warganet hujani kata semangat

“Memang saya ajar suami untuk membuat kerja rumah bersama-sama. Jika tidak buat, saya akan marah sebab menguruskan rumah tangga bukan tanggungjawab isteri. Sebenarnya sudah banyak isteri kurangkan beban suami.

“Suri rumah sepenuh masa paling kasihan. Duduk di rumah sehingga tidak sempat hendak melihat dunia luar. lakukan kerja rumah, menguruskan anak-anak dan suami, semuanya seorang diri,” katanya.

Ozlyn berharap agar para suami di luar sana agar menghargai pengorbanan isteri masing-masing. Katanya lagi, jika ada rezeki lebih, bawalah isteri berjalan-jalan sebagai menghargai segala penat lelah yang dilakukan oleh seorang isteri demi kebahagiaan keluarganya.

“Kadang-kadang tidak perlu membeli-belah pun. Seorang isteri itu apabila dibawa ke pasar malam pun sudah rasa cukup syukur dan berbunga-bunga hatinya. Tidak dapat dinafikan juga pengorbanan suami dalam soal mencari rezeki. Buat isteri, jangan putus doa untuk suami. Bila suami menyenangkan hati isteri Insya-ALLAH lagi mudah segala urusan,” jelas Ozlyn.

Baca juga: Johan, Fizi Ali sah sertai Hot FM

Perkongsian Ozlyn tersebut mendapat banyak respon daripada warga maya. Rata-rata warga maya kagum dengan cara Ozlyn dan Johan menguruskan rumah tangga dan mendidik anak-anak mereka. Berikut antara komen-komen warga maya. Ujar mereka:

- “Sebenarnya memang bukan tanggungjawab isteri. Isteri zaman sekarang banyak juga berkorban, keluar bekerja membantu suami, menjaga anak dan menguruskan rumah tangga. Jadi memang sepatutnya kerja-kerja rumah mesti dibuat bersama-sama, barulah semua kerja jadi ringan.”

- “Kagum dengan Johan dan Ozlyn. Sangat mengambil berat bab mengaji anak-anak.”

- “Kongsi buat tugasan rumah bersama-sama. Barulah kaum isteri tidak stres.”

- “Samalah dengan saya. Semua kerja rumah buat bersama-sama. Jika suami tidak buat, memang boleh buat saya jadi marah.”

- “Kita orang perempuan ini bukan hendak barang yang mahal-mahal pun. Dihargai suami pun sudah rasa cukup bahagia.”

Baca juga: 10 tip isteri pikat suami Dr Fadzilah Kamsah, tak perlu manja, yang penting solehah

Sumber : Jozlynnhanania

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca