ISLAM sangat menegaskan kepentingan menjaga silaturahim bukan sahaja kalangan ahli keluarga malah sesama manusia.

Antara hikmah mengeratkan hubungan silaturahim ialah memudahkan urusan manusia kerana secara fitrahnya kitatidak boleh hidup bersendirian, sebaliknya hidup saling bergantung antara satu sama lain dan melengkapi keperluan sesama.

Pelakon terkenal, Erra Fazira menitipkan pesan supaya sentiasalah mengambil peduli dengan bertanya khabar kepada kawan-kawan yang mungkin sedang sedih atau sunyi.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Kata Erra menerusi Instagram, ramai yang menghadapi pelbagai cabaran hidup setiap hari termasuk isu-isu yang menjejaskan kesejahteraan mental lebih-lebih lagi sewaktu pandemik ini.

“Apabila kita berbual dengan seseorang yang kita percayai, maka dapatlah kita berkongsi cerita atau masalah yang dihadapi. Sedikit sebanyak terasa kurang sikit beban.

“Jadi, jika ada antara kita yang menghadapi masalah atau rasa terbeban ketika ini, luahkan perasaan dengan seorang yang kita percaya.

Jangan malas bersedekah, tak perlu tunggu Ramadan. 5 janji ALLAH orang rajin sedekah

Iklan

“Jangan malu untuk meminta bantuan kerana meminta bantuan itu sebenarnya tanda kekuatan,” coretnya.

Baca juga ‘Hari-hari minta ALLAH murahkan rezeki…’ – Syatilla hamil kali keenam

Justeru, sama-samalah kita terus berhubung dengan ahli keluarga dan rakan taulan bertanyakan khabar.

Iklan

Gunakan teknologi yang ada untuk berkomunikasi dengan mereka sebaiknya. #staysafe