PENYANYI yang juga pensyarah, Dr Fitri Haris meluahkan rasa syukur apabila anaknya sudah dibenarkan pulang ke rumah setelah enam hari dirawat dan dipantau di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).

Tidak menunggu lama untuk mendedahkan wajah anakanda keduanya, Fitri berkata, dia dan isteri sepakat untuk meletakkan nama Bilal Habibi.

“Alhamdulillah, syukur pada yang maha Agung, terima kasih kepada semua yang sudi mendoakan kebaikan buat isteri saya Fazilah Omar dan anakanda.

“Saya perkenalkan anakanda kami yang bernama Bilal Habibi Bin Mohamad Fitri, yang membawa maksud ‘Bilal Kekasihku’.

“Pilihan nama ini ilham dari-Nya, ketika mana saya bertugas menjadi seorang mutawwif membawa para jemaah mengenali kisah sirah para Anbiaya’.

“Kisah Bilal sangat meruntun hati saya dan cinta Bilal kepada Baginda Muhammad SAW sangatlah agung dan suci.

“Semoga jika ada darah dan air suara seperti Abi, moga Bilal dapat menggunakan suara sehebat Bilal melaungkan Azan dan menyebarkan perintah ALLAH melalui suara yang diberikan.

Iklan

“Pohon doa agar Bilal terus kuat dalam agama ALLAH, Islam yang suci,” ujarnya.

Bilal merupakan anak pertama pasangan ini selepas mendirikan rumah tangga pada Disember 2020.

Fazilah selamat melahirkan Bilal pada 28 Jun lalu secara pembedahan setelah mengalami masalah asma yang teruk.

Iklan

Fitri dan Fazilah masing-masing mempunyai seorang anak hasil perkahwinan mereka terdahulu.

BERITA BERKAITAN Anak Lahir Awal Dan Dimasukkan Ke NICU, Fitri Haris Lega Anak Semakin Stabil