"Dia Pekin sebenar.” - Pilih nama Petra Pekin buat anak sulung, Mona Allen kongsi momen bersalin

A
A
A

PELAKON Mona Allen dan Pekin Ibrahim mengabadikan nama Petra Pekin buat putera sulung mereka yang dilahirkan pada Hari Kebangsaan baru-baru ini.

Proses kelahiran cahaya mata yang dinanti-nantikan itu dikongsikan Mona menerusi laman sosial Instagram.

Baca juga: ‘Baby merdeka’, Mona Allen, Pekin sambut cahaya mata pertama 31 Ogos

“Anugerah terindah, thank you Dr Kam dan team.

“Welcome home anakku, Petra Pekin bin Mohd Iznan, Daddy dan Mummy love you. Syukur Alhamdulillah,” titip Mona.

Baca juga: Hamil enam bulan, Mona Allen bakal bergelar ibu

Baca juga: IVF 8 kali, 12 tahun usaha zuriat, kisah bapa ini buat netizen sebak

Rakan artis dan warga maya menzahirkan ucapan tahniah buat ibu bapa kali pertama itu.

-“Akhirnya muncul dialah PEKIN sebenar. Iznan tu bukan yang sebenarnya. Alhamdulillah semoga terus bahagia dan ke alam keibubapaan.” - @fahrinahmad_fa

-“Congratulations both of you.” - @fizoomar

-“Congratulations Mona. Semoga menjadi anak soleh.” - @daleryusuf

Petra Pekin yang dilahirkan secara normal seberat 2.7 kilogram dengan ketinggian 48 sentimeter.

Pekin menerusi YouTube berkongsi momen pertama kali bergelar bapa.

“Pertama kali berada di rumah bersama anak mencabar juga, hendak biasakan norma baru.

“Tidaklah susah, cuma perlu faham bila dia perlu menyusu. So far okay sahaja, senang. Apabila lapar, dia menangis. Selagi tidak kenyang, tidurnya tidak nyenyak.

“Apabila diletakkan di tempatnya, dia tidak mahu dan menangis. Tetapi selepas dipegang, diletakkan di atas tangan (lengan) terus diam. Maknanya dia hendak tidur di atas lengan saya.

“Waktu malam tiga, empat jam juga tidur atas lengan, berlapik bantal tangan ini,” tutur Pekin tentang bayinya pada hari pertama pulang ke rumah," tutur Pekin mengenai bayi sulungnya.

Pekin dan Mona mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018. Mona hanya mengumumkan kehamilannya selepas usia kandungan berusia enam bulan.

Sebelum ini, Mona berkongsi tentang usaha untuk hamil menerusi saluran YouTube rasminya. Usaha untuk mendapatkan cahaya mata dimulakan ketika usia perkahwinan mereka mencecah dua tahun setengah.

Baca juga: Berani sahut cabaran, Mona Allen terbuka terima kritikan ramai

Baca juga: ‘Cukup-cukuplah isu dadah dalam industri seni…’ – Pekin Ibrahim

Antara usaha yang dilakukan termasuk menjaga pemakanan, melakukan pemeriksaan kesihatan, bertemu pakar sakit puan dan mendapatkan rawatan perubatan Islam.

Baca juga: Penantian 16 tahun hamil anak kedua tercapai, wanita kongsi tip

Sumber: Instagram Mona AllenPekin IbrahimYouTube Mona Allen & Pekin Ibrahim

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca