MEMBELI-BELAH secara online antara aktiviti popular dalam kalangan masyarakat hari ini. Maklumlah, semuanya pada hujung jari saja!

Proses ia juga mudah dan pantas untuk membeli pelbagai barangan seperti pakaian, perkakas rumah, alat tulis, kelengkapan dapur, produk mandian ataupun tempahan tiket hotel dan pesawat.

Namun begitu, tidak semua proses jual dan beli barangan secara online berlangsung dengan baik. Kadangkala ada kelemahannya.

Seperti mana berlaku terhadap penyanyi, Aishah yang meluahkan ketidakpuasan hati sikap seorang pelanggan.

Menurut pelantun lagu, Janji Manis Mu itu pelanggan terbabit sudah memesan produk seni keluarannya, tetapi mendiamkan diri apabila diminta membuat pembayaran.

Menerusi perkongsian di Instagramnya, beliau menghabiskan masa berjam-jam untuk menghasilkan satu produk seni.

Bagaimanapun, apa yang menyedihkan segelintir pelanggan seolah-olah tidak menghargai dan bertanggungjawab selepas membuat tempahan.

aishah

“Produk ini sudah ada tuannya. Harap jangan jadi seperti pelanggan sebelum inilah.

“Beria hubungi nak satu set, tetapi bila sudah siap buat bodoh sahaja. Dah hantar pesanan WhatsApp buat tak tahu padahal sudah baca.

“Naik darah saya berdepan dengan orang macam ini. Kalau tak nak bagitahu sahaja atau duit tak cukup untuk bayar. Takde masalah langsung. Kalau tengok media sosial, macam-macam hadis dia kongsi. Jadi bukanlah tiba-tiba sakit,” tulisnya.

Juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4) tersebut juga menyifatkan tindakan pelanggan berkenaan kurang adab dan jelik dengan perangai sedemikian.

Iklan

Baca juga Hasrat dimakbulkan, Caprice berlepas ke Gaza malam tadi

“Ramai juga pelanggan saya minta tunggu gaji sebelum buat pembayaran. Tak ada masalah langsung bagi saya. Kalau tak cukup duit lagi nak bayar, bagitahu. Janganlah ignore sahaja.

“Tak tahulah orang lain macam mana, tetapi saya rasa orang macam ini kurang adab. Bukanlah saya hadap sangat nak jual hasil produk seni kepada dia, tapi dia dah beria hubungi. I am so annoyed!,” ujarnya.

Justeru, korang di luar sana jika membeli-belah secara online tu, elak bersikap demikian kepada peniaga.

Iklan

Sama-sama saling menghormati antara penjual dan pembeli.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)