MAHLIGAI perkahwinan 11 tahun pelakon terkenal Hollywood, Natalie Portman bersama suaminya, Benjamin Millepied berakhir dengan penceraian.

Pelakon heroine Thor itu memfailkan perpisahan daripada Benjamin, 46, lapan bulan lalu dan menyelesaikan prosiding perceraian Februari lalu.

Seorang wakil Natalie mengesahkan perkara itu pada Jumaat.

“Bekas pasangan itu berpisah selepas wanita berusia 42 tahun itu memfailkan pembubaran pada Julai tahun lalu.

“Perceraian mereka telah dimuktamadkan pada Februari lalu di Perancis,” katanya.

Millepied didakwa curang dengan seorang wanita berusia 25 tahun bernama Camille Etienne.pada bulan Jun lalu.

Baca juga:‘Keputusan sama, semoga selesai cepat.’ Sesi JKP gagal, Adira tetap pendirian bercerai dengan Datuk Red

HUBUNGAN CINTA

Sumber memberitahu, mereka yang berkahwin pada 2012 itu pernah berpisah pada 2022 tetapi berjaya mengatasi masalah rumah tangga.

Bagaimanapun katanya, perkahwinan pasangan itu sekali lagi digemparkan dengan pendedahan selepas bekas suaminya itu didakwa mempunyai hubungan cinta dengan perempuan lain.

Selepas kecurangan diketahui, Benjamin melakukan segala yang dia mampu untuk meminta Natalie memaafkannya namun tidak berjaya.

Iklan

Baca juga:Mawar Rashid pilih kunci mulut isu cerai, enggan jejaskan emosi anak-anak. ‘Hidup kini ibarat gelas kosong.’

Natalie turut memberitahu Vanity Fair dalam temu bual bahawa perkahwinannya sebagai mengerikan.

“Ia mengerikan, dan saya tidak mempunyai keinginan untuk bersamanya,” ujarnya.

Sekadar makluman, hasil perkahwinan pasangan itu dikurniakan dua orang anak iaitu Son Aleph, 12, dan Amalia berusia tujuh tahun.

Iklan

Sumber: CNA lifestyle

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!