Neelofa jelaskan bahan inai dan warna, ada sijil halal

A
A
A

PENGACARA dan usahawan, Neelofa memberikan penjelasan berkaitan inai keluarannya.

Pemakaian menjadi trendmasa kini. Inai atau nama saintifiknya Lawsonia Inermis berasal dari perkataan Arab iaitu ‘Henna’ yang bermaksud ubat.

Isteri kepada PU Riz itu tampil memberikan penjelasan berkenaan isu warna inai yang tidak semerah inai biasa dan status halalnya.

Menurut Neelofa, isu halal menjadi perkara utama yang dititikberatkan. Menerusi Insta Story, Neelofa menegaskan tiada campuran pewarna makanan.

Baca juga: Inspirasi usaha Neelofa, agensi hulur bantuan kelengkapan hospital

Baca juga: Bantu barisan hadapan, Neelofa sumbang katil pada hospital

"Ramai yang nak saya jelaskan isu berkaitan tidak sah solat. Semasa proses persampelan, perkara pertama saya pentingkan ialah tiada pewarna makanan. Ramai jenama lain yang perli kami guna pewarna makanan.

"Ini bukan seperti inai lain tetapi telah ditambah pewarna makanan. Kami tidak letak pewarna makanan langsung, saya sangat anti perkara tersebut. Kami gunakan bahan-bahan semula jadi," katanya dalam Insta Story.

Sebelum itu, inai miliknya menjadi bualan hangat terutama di laman sosial TikTok.

Tegas Neelofa lagi, beliau sangat berhati-hati dalam menghasilkan produk pewarna kukunya itu agar ia sah solat dan pengguna tidak perlu mengikis kuku untuk solat.

Baca juga: Lebih kurang period pain je- 14 jam kontraksi, Neelofa kongsi detik lahirkan Bilal

"Ramai sudah keliru kata kena kikis kuku untuk solat. Kalau korang sudah kikis beberapa kali dan nampak habuk kuku dan warnanya itu maknanya ia sudah meresap ke dalam.

"Kami buat ujian molekul yang menunjukkan ia telap atau serap air. Saya pun buat benda ini sangat berhati-hati, tak tahu berapa puluh kali telah buat usaha untuk pastikan semua bahan yang digunakan diluluskan," katanya

Juara Dewi Remaja 2009/2010 itu turut berkongsi beberapa sijil halal dan bahan-bahan yang digunakan. Menurutnya serbuk inai dibawa dari kilang yang terletak di India.

"Saya pun tak tahu kenapa kecoh sebab sebelum ini ramai jenama lain sudah dijual yang tidak sah solat.

"Namun mungkin kerana inai ini Neelofa yang hasilkan, sebab itu jadi isu," katanya lagi.

Bagi menyelesaikan isu berkenaan, Neelofa bakal mengadakan majlis bagi menjelaskan isu berkenaan bersama pihak yang layak bercakap mengenai isu inai halal.

"Kami akan menjemput pakar yang mahir berkaitan bidang ini untuk jelaskan kepada wakil pengedar dan media di sebuah majlis dalam masa terdekat.

"Harap selepas majlis nanti akan dapat selesaikan isu ini dan tiada lagi yang mahu mempersoalkannya," jelasnya menerusi Insta story.

Selain itu, Neelofa berkongsi warna inai daripada komen yang dikongsikan warga maya. Menurut netizen, warna inai di tanah Arab adalah pelbagai mengikut jenis pokok. Ada yang menghasilkan warna jingga kemerahan dan ada juga yang berona hitam.

“Alhamdulillah, terima kasih kongsikan fakta ini sis. Inilah yang kami maksudkan dengan cuaca, jenis tanah dan persekitaran yang mempengaruhi warna inai,” jelasnya.

Menurut Muzakarah Fatwa Kebangsaan, wanita sudah berkahwin mahupun belum berkahwin dibenarkan untuk mewarnakan kuku di jari mereka. Pun begitu, wanita dinasihatkan untuk meneliti bahan-bahan yang terkandung di dalam pewarna dan inai jenis celup.

Sumber: Instagram Nunha

Baca juga: Inai, hati-hati gunakannya, boleh ragut nyawa jika alami tiga masalah kesihatan ini

Baca juga: Apakah sebenar hukum wanita mewarnakan kuku menurut Islam?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca