MELIHAT pada angka jangkitan baharu Covid-19 yang dilaporkan Kementerian Kesihatan (KKM) sebanyak 8,868 semalam, sudah pasti mencetuskan kebimbangan ramai.

Maklumlah, negara berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0) sejak 1 Jun lalu, namun sehingga kini tidak menunjukkan sebarang penurunan jumlah kes.

Turut berasa tertekan ialah pelakon, Janna Nick yang meluahkan rasa berang berikutan peningkatan kes baharu positif Covid-19 semalam.

Pemilik nama sebenar Nurul Jannah Muner itu menyatakan tiada sebarang perubahan yang berlaku walaupun negara sudah melewati pelbagai PKP dalam membendung penularan wabak Covid-19.

“Memang sengaja tunggu rakyat mengamuk ke? Rakyat Malaysia pula yang memang sejenis penyabar.

“Selagi kita terus #rakyattolongrakyat, lagi naik lemaklah yang atas tu. Buat kerja betul-betul boleh tak?

“PKP lah, PKPD lah! MCO, CMCO, RMCO! Kes di Selangor dah naik 4,000+, PKPD apanya kereta penuh kat jalan,” tulisnya di Instagram Stories baru-baru ini.

Pengacara berusia 26 tahun itu juga menzahirkan banyak masa telah terbuang.

“Tak payah kemas kini kes harian, dah tak payah nak lockdown bagai. Hidup jelah dalam covid ni.

“Bukan membantu pun korang punya plan tau tak? Duit boleh cari, masa yang terbuang ni mana nak dapat balik?

“Anak-anak kecil yang tak dapat pendidikan awal dengan sempurna. Apa akan jadi dengan generasi akan
datang? Korang ingat semua orang kaya raya dan mak ayah dia cikgu sekolah ke? Bukan semua orang mampu hantar anak ke sekolah di France macam hampa,” tegasnya.

Janna Nick

Lagi memeritkan apabila beliau mengenangkan nasib golongan peniaga.

Iklan

“Peniaga apa cerita? Staf semua nak makan gaji kena bayar. Overhead cost. Hang ingat kami ni buta perut macam hampa boleh tidur lena kalau tak bayar gaji staf?

“Dia macam ni, kalau kes turun walaupun satu peratus sekali pun orang masih sabar. Ni makin naik apa cerita? Berapa lama lagi nak buang masa ni?” ujarnya.

Baca juga 10 ahli keluarga Rebecca positif Covid-19, termasuk suami dan 6 anak

Selain itu, pelakon telefilem Misteri Mona: Kuserumu Kembali itu turut memuat naik videonya menjerit bagi mengurangkan tekanan yang dirasai.

Iklan

Terdahulu, Janna Nick pernah berkongsi video menangis di dalam kereta akibat terlampau penat dengan bebanan kerja sehingga terpaksa mencipta realiti palsu untuk dipaparkan kepada peminat.

Janna juga disahkan mengidap bipolar yang merupakan masalah kemurungan manik menyebabkan gangguan mental.